seismik

Influencer Dedah Peroleh RM194,000 Sehari Dengan Hanya Berbaring Di Katil

Tindakannya yang menyebut wang tersebut diperoleh dengan susah payah cetuskan kemarahan netizen.

Cover image via SCMP

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang influencer di China mendedahkan dia berjaya mendapatkan 300,000 yuan (RM194,000) dalam masa sehari

Menerusi laporan Harian Metro, pempengaruh yang dikenali sebagai Gu Xixi mendedahkan pendapatannya semasa membuat siaran langsung di platform laman sosialnya.

"Pada hari ini, saya habiskan seluruh hari hanya berbaring di katil, tidak buat apa-apa, dan masih berjaya membuat jualan 1.16 juta yuan (kira-kira RM749,360) di kedai Douyin saya, dengan komisen dianggarkan 303,200 yuan (RM196,000).

"Lagi banyak anda geram melihat saya berjaya dan lagi banyak anda mengkritik saya, semakin banyak saya dapat. Bukan hanya mengenai memperoleh ratusan ribu yuan sebulan, tetapi mengenai memperoleh ratusan ribu yuan setiap hari! Faham?," katanya.

Douyin, aplikasi TikTok di China.

Image via Staiirs

Gu Xixi merupakan seorang personaliti internet yang terkenal dengan kontroversi dan aksi-aksi pelik dilakukan dalam talian

Sebelum ini, wanita itu pernah digantung akaunnya beberapa kali kerana memaparkan kandungan berunsur lucah sebelum ini di laman sosialnya.

Baru-baru ini, Gu telah mengeluarkan kenyataan mendakwa pendapatannya adalah hasil dari susah payah sambil mengatakan kenyataannya itu bertujuan mencabar mereka yang membencinya.

"Anda tahu kenapa saya tidak kerap berkongsi prestasi jualan saya sekarang? Setiap kali saya lakukan, pasti ada masalah, kan? Ia menyebabkan masalah, kan? Kali ini ia menjadi tajuk utama, kan? Itulah sebabnya pempengaruh suka berpura-pura miskin.

"Kami tidak mencuri, kami tidak merompak. Semua wang yang kami peroleh adalah wang yang susah payah. Apabila saya kata saya tidak buat apa-apa seharian, itu bertujuan untuk mencabar orang. Adakah anda fikir saya boleh betul-betul tidak buat apa-apa sepanjang hari? Saya kata begitu hanya untuk mengganggu pembenci saya," katanya.

Terdahulu, wanita berkenaan pernah menghebahkan rancangannya untuk membeli sebuah vila seluas 2,000 meter persegi di Nantong, dengan anggaran kos melebihi 20 juta yuan (RM12.9 juta).

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: