Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Doktor Say Shazril Dedah Pendapatan 'Influencer' Boleh Cecah RM100,000 Sebulan

Banyak betul.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebelum ini, pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal berkongsi berita gembira apabila berjaya membeli sebuah kereta mewah iaitu Mercedes-Benz. Susulan itu, netizen mula berteka-teki berapakah jumlah pendapatan yang diperoleh seorang influencer

Menjawab kepada pertanyaan tersebut, pempengaruh yang juga pengamal perubatan, Dr. Say Shazril tampil mendedahkan pendapatan yang diperolehi influencer untuk sebulan.

Jelas Dr. Say, pendapatan tersebut bergantung kepada peringkat dan tahap seseorang influencer itu berada mengikut jumlah pengikut di media sosial.

“Baru-baru ini Dahlia angkut Mercs, jadi ada yang curious akan kemampuannya. Pertama sekali, Dahlia ini bukannya baru famous, IG dia ada 779,000 pengikut. Kiranya dia dah lama bertapak dalam dunia influencing ini.

“Okay secara purata, pendapatan seorang influencer ini adalah dari RM3,000 hingga RM100,000 sebulan. Sebab apa besar range nya? Sebab influencer ini ada banyak peringkat.

“Nano influencers bila pengikut dia bawah 1,000, micro influencer pengikut 1,000 ke 100,000. Macro influencer kat mana saya berada 100,000 hingga 1 juta. Mega influencer pengikutnya 1 juta ke atas,” katanya.

Namun, bayaran turut dilihat menerusi 'engagement' di media sosial

Bagaimanapun, Dr Say berkata bayaran influencer bukan sahaja bergantung kepada jumlah pengikut semata-mata, namun dilihat juga menerusi interaksi pengguna atau ‘engagement’ di media sosial.

“Ia bukan hanya sebab pengikut, sebab pengikut sekarang boleh dibeli. Apa yang kebanyakkan client dan agensi nak tengok sekarang adalah pengikut dan juga engagement.

“Engagement ini senang kata macam mana interactive pengikut anda. Jadi kalau influencer ini charge 1 video RM5,000 memang tidak lah agensi atau client nak bayar.

“Berbalik kisah Dahlia, video-video dia semua beratus ribu tontonan, beribu tanda suka, komen pun banyak. Jadi dekat situ kita boleh dapat tahu engagement dia tinggi. Pula itu pengikut dia tinggi. Bila dua ini bersatu, maka keluarlah sebiji Mercedez," katanya lagi.

Image via @say_shazril0 (TikTok)

Beliau turut menegaskan bahawa nak jadi 'influencer' bukan lah mudah seperti yang orang lain fikirkan

Namun begitu, beliau mengatakan tidak mudah untuk bergelar influencer atau pencipta konten seperti mana yang difikirkan segelintir pihak.

Hal ini kerana, setiap individu yang bergelar influencer perlu sentiasa berfikir konten apa yang perlu dimuat naik pada setiap hari bagi memastikan engagement akan kekal tinggi dan juga memastikan akaun anda ditemui di media sosial.

Jika kalau tidak konsisten, akaun anda mungkin akan ‘hilang’ daripada feed media sosial. Oleh itu, anda janganlah menyangka kerjaya ini memang mudah walhal realitinya sangat sukar untuk terus kekal relevan di dalam arus media sosial.

Lihat video penuh itu di bawah:

Patutlah ramai anak muda sekarang nak jadi 'influencer' :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment