Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Dr Fadzilah Kamsah Kongsi Tips Semangat Di Pagi Hari Untuk Pergi Kerja. Terbaik!

Semoga bermanfaat.

Cover image via @mfadzilahkamsah (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pastinya ada di antara kita akan melalui satu situasi di mana adakalanya berasa malas atau tiada mood untuk mulakan hari sebaik bangun dari tidur bukan?

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok menunjukkan pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah telah memberikan beberapa panduan yang berguna bagi membantu anda mengatasi cabaran ini.

1. Ingat matlamat pergi kerja untuk menjadi seorang yang berjaya

Kita sebagai manusia perlu sentiasa mengingatkan diri akan matlamat dan tujuan di sebalik kehadiran kita di tempat kerja.

Oleh itu, setiap kali bangun tidur, tentukan minda untuk menyambut hari dengan sesuatu yang menyeronokkan, seperti pembelajaran baru di tempat kerja atau pencapaian prestasi yang cemerlang.

Tindakan ini dapat meningkatkan semangat dan memberi anda akan bersemangat untuk memulakan hari dengan baik.

2. Pemikiran haruslah positif jangan negatif

Pemikiran yang positif dan baik mempunyai pengaruh yang besar terhadap bagaimana hari akan dijalani. Contohnya, memulakan pagi anda dengan pemikiran yang positif boleh membawa kepada satu hari yang cerah dan positif.

Sebaiknya, hindari mengucapkan perkataan-perkataan negatif di waktu pagi, dan mulakan hari dengan memberi pujian atau kata-kata yang menggembirakan.

“Untuk ceriakan hari-hari kita. Cari butang-butang hijau waktu pagi,” kata Dr Fadzilah.

Image via @mfadzilahkamsah (TikTok)

3. Pakai warna yang lembut

Warna pakaian sebenarnya memainkan peranan penting dalam menentukan kesan keseluruhan penampilan seseorang. Oleh itu, adalah penting untuk memilih warna-warna yang memberi kesan yang positif.

Sementara itu, warna-warna yang lebih mencolok seperti merah, kuning, atau hijau yang pekat boleh membuatkan seseorang kelihatan lebih menyerlah dan penuh keyakinan. Anda juga boleh memilih warna kegemaran anda, kerana ia dapat membantu meningkatkan mood dan keselesaan.

Sementara itu, beliau juga memberi pesanan kepada orang ramai agar setiap individu memasang niat berganda sebelum memulakan hari bekerja.

Lihat video penuh itu di bawah:

Mana yang asyik moody je nak pergi kerja, boleh lah try tips ini :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment