[VIDEO] Emosi Tak Menentu Sejak Hamil, Lelaki Ini Buntu Pujuk Isteri Tiba-Tiba Menangis
Memang semua wanita mengandung macam ni ke?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Para suami merupakan orang yang paling bahagia di saat mereka mendapat tahu sang isteri sudah hamil
Perasaan bakal menjadi seorang bapa dan menimang cahaya mata itu tidak dapat digambarkan kerana terlalu gembira dan teruja.
Namun, mereka juga sebenarnya perlu bersedia untuk melayan kerenah dan emosi wanita mengandung yang kadangkala tidak terjangkau dek akal fikiran.
Sama seperti sebuah video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang lelaki buntu melayan ragam isterinya yang sedang hamil mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Isteri tiba-tiba menangis, dapat makanan terus happy
Menerusi video yang dimuat naik oleh pendakwah muda dan penulis buku Iddin Ramli, kelihatan dia ketika itu sedang menjamu selera bersama isterinya di rumah.
Namun tidak semena-mena, si isteri tiba-tiba menangis tanpa sebab dan mengatakan makanan tersebut tidak sedap.
Perkara tersebut membuatkan Iddin tidak tahu bagaimana nak memujuk isterinya. Pada akhir video, dia membelikan mushroom soup Pizza Hut dan ternyata isterinya gembira serta tidak menangis lagi.
Image via @iddinramlii (TikTok)
Image via @iddinramlii (TikTok)
Image via @iddinramlii (TikTok)
"Aku pun letih jadi perempuan, takda jadi apa-apa pun tetiba boleh nangis. To my future husband, please tahan kalau I macam ni" - Warganet
Susulan tularnya video tersebut yang sehingga kini telah mencecah 2.3M views, 349.6K likes dan 12.4K shares di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat ragam isteri Iddin.
Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama mereka semasa mengandung kerana emosi yang tidak stabil.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @iddinramlii (TikTok)
Image via @iddinramlii (TikTok)
Image via @iddinramlii (TikTok)
Image via @iddinramlii (TikTok)
Image via @iddinramlii (TikTok)
Image via @iddinramlii (TikTok)
Image via @iddinramlii (TikTok)
Image via @iddinramlii (TikTok)
Image via @iddinramlii (TikTok)
Image via @iddinramlii (TikTok)
Apa nak buat, memang fitrah wanita mengandung macam tu kan. Belum masuk bab mengidam lagi, suami kena sabar melayan ya :P
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment