seismik

[VIDEO] 9 Bulan Tak Jumpa, Wanita Pulang Dari Arab Tak Sangka Reaksi Anaknya Begini

Sehari pun dah rindu, apatah lagi 9 bulan. Sebak!

Cover image via @ymsfaralhaqq (TikTok

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap wanita yang bergelar ibu sudah pastinya tidak sanggup untuk berjauhan dengan anak yang masih kecil

Tambahan lagi bagi mereka yang bekerja di luar negara demi mencari rezeki buat keluarga yang jauh di perantauan. Lagilah rasa rindu kepada anak dan suami semakin menggunung.

Namun, tular baru-baru ini mengenai sebuah video memaparkan seorang wanita yang pulang dari Arab Saudi untuk berjumpa dengan anaknya kerana sudah terpisah selama hampir sembilan bulan mengundang sebak ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@ymsfaralhaqq

aduhhh edit video pon berkali2 jgk laa tumpah airmata nih..sorry syg mommy.. ##fyp ##LDR ##mommymissyou ##daddysembunyi ##kalaudaddyadamommyhilang

Denting - Melly Goeslaw

Nak buat surprise, sekali tak dapat tahan air mata bila tengok reaksi anak

Menerusi video perkongsian daripada @ymsfaralhaqq, kelihatan dia sedang berjalan masuk ke perkarangan rumahnya dan tidak sabar untuk bertemu si anak yang sudah hampir sembilan bulan terpisah dengannya.

Apa yang membuatkan ramai sebak adalah apabila dia tidak menyangka reaksi anak lelakinya yang berlari sambil menangis menuju ke arahnya seolah-olah faham erti rindu.

Wanita itu juga gagal menahan air mata dan pantas memeluk erat serta mencium berkali-kali anak kesayangannya itu.

Malah, dia juga memberitahu bahawa dia bekerja di Arab Saudi dan pernah membawa anak menetap bersamanya selama setahun. Namun, disebabkan Covid-19 dia terpaksa menghantar si kecil itu pulang ke Malaysia.

"Dengan saya sekali terikut nangis, tak boleh bayangkan kalau saya terpisah dengan anak" - Netizen

Ikutan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 345K views, 33.8K likes dan 1.5K shares di TikTok, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih melihat rakaman wanita itu dan anaknya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Siapa je tak sedih kalau dah lama tak jumpa anak sendiri kan, rindu tu tak boleh nak explain macam mana. Hanya Tuhan je tahu :'(

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: