[VIDEO] Tengah Syok Buat IG Live Nak Promote Kedai, Sekali Khemah Terbang Ditiup Angin
Sempat lagi dia gelakkan tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kini, kita dapat lihat banyak peniaga kecil yang cuba mencari rezeki menjual barangan di tepi jalan
Ada yang sanggup mengambil pelbagai risiko demi menyara hidup mereka dan keluarga. Kerja sebagai seorang peniaga bukanlah perkara yang mudah kerana memerlukan tenaga dan fizikal yang kuat.
Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis berkongsi situasi ketika dia sedang berniaga telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh tiu di bawah:
Tengah-tengah rekod sekali khemah terbang ditiup angin
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis pada masa itu sedang membuat Instagram live sambil berniaga di tepi jalan dengan mempromosikan kedainya itu.
Dia kemudian turut menunjukkan kedai rakannya yang berada di sebelah. Namun tidak lama selepas itu, angin mula bertiup kuat sehingga menyebabkan khemah kedai rakannya itu terbang.
Situasi membuatkan dia tergelak melihatnya kerana rakannya itu baru mula mahu melelapkan mata dan terpaksa bergegas menyelamatkan khemah tersebut.
Image via @liyanaarefin_ (TikTok)
Image via @liyanaarefin_ (TikTok)
"Besok juga saya datang kedai akak" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati mereka mengenai kejadian itu. Malah, ada juga yang tergelak melihat gadis itu ketawa.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 445.9k views, 62.1K likes dan 662 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @liyanaarefin_ (TikTok)
Image via @liyanaarefin_ (TikTok)
Image via @liyanaarefin_ (TikTok)
Image via @liyanaarefin_ (TikTok)
Image via @liyanaarefin_ (TikTok)
Image via @liyanaarefin_ (TikTok)
Image via @liyanaarefin_ (TikTok)
Dugaan berniaga ya. Semoga awak dimurahkan rezeki :)
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment