[VIDEO] Gadis Bengang Jalan Utama Kena Tutup, Alasan Penduduk Bagi Pula Tak Munasabah
Lah, macam tu pun boleh eh?
Masalah jalan tutup di kawasan perumahan sudah sering terjadi
Tambahan pula jika terdapat rumah teres dan flat dibangunkan di kawasan yang sama, sudah tentu akan terjadi masalah parking, sampah dan macam-macam lagi yang boleh menimbulkan pergaduhan.
Namun, lain pula yang berlaku dalam sebuah video ini apabila seorang gadis menceritakan tentang masalah jalan ditutup di kawasan rumahnya telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Penduduk rumah teres selamba tutup jalan utama, alasan sebab banyak kucing dengan ayam peliharaan mati kena langgar
Menerusi video yang dimuat naik oleh @fathelwira, kelihatan gadis itu sedang berada di dalam kereta untuk pulang ke rumahnya.
Apa yang membuatkan dia bengang adalah apabila jalan utama di bawah kawasan rumahnya ditutup dengan batu dan menyusahkan para penduduk untuk lalu di situ.
Pada awalnya, dia ingat penduduk apartment yang menutup jalan itu. Rupa-rupanya ia adalah angkara penduduk di kawasan rumah teres berdekatan jalan tersebut.
Lebih mengesalkan lagi, alasan mereka menutup jalan itu kononnya sebab kucing dan ayam peliharaan mereka banyak mati dilanggar.
"Itu haiwan peliharaan sendiri, jaga sendiri. Ini dah menyusahkan penduduk dekat sini tau, sebab ini adalah laluan utama untuk mereka pergi kerja," katanya.
Image via googleapis.com
Image via @fathelwira (TikTok)
"Hahaha lucu gila jawapan dia. Sebab kucing dengan ayam je" - Netizen
Ikutan tularnya video itu yang kini telah meraih 518.4K views, 52.2K likes dan 419 shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenainya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @fathelwira (TikTok)
Image via @fathelwira (TikTok)
Image via @fathelwira (TikTok)
Image via @fathelwira (TikTok)
Image via @fathelwira (TikTok)
Image via @fathelwira (TikTok)
Image via @fathelwira (TikTok)
Image via @fathelwira (TikTok)
Kalau boleh janganlah selfish, kesian dekat penduduk apartment yang selalu lalu jalan tu :/
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment