[VIDEO] Gelagat Anak Ajak Main Basikal Pukul 12 Tengah Malam Ini Cuit Hati Warganet
Cheekynya dia, geram!
Kebiasaannya, kanak-kanak gemar bermain pada waktu siang kerana waktu itulah mereka sedang aktif
Waktu malam mereka akan makan dan bersiap sedia untuk tidur seawal jam 9 malam. Tetapi, ada juga kanak-kanak yang terjaga tengah malam untuk minum susu.
Berbeza pula dengan sebuah video ini apabila gelagat seorang bayi mengajak ibu dan ayahnya untuk bermain basikal pukul 12 tengah malam mencuit hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Pukul 12 tengah malam nak main basikal, siap marah ayah ajak masuk rumah
Menerusi video yang dimuat naik oleh @aziefahzake, kelihatan bayi itu sedang aktif bermain basikal di perkarangan rumahnya.
Gelagatnya yang ceria seolah-olah ketika itu masih siang, sedangkan jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam.
Apa yang menghiburkan adalah dia siap bergurau dan tergelak melihat ibu ayahnya. Lebih mencuit hati, dia siap menepis tangan si ayah apabila disuruh masuk ke rumah.
Image via @aziefahzake (TikTok)
Image via @aziefahzake (TikTok)
"Comel je bahasa dia, hahaha marah dia orang ajak masuk" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 298.6K tontonan, 11.3K tanda suka serta 1.1K perkongsian di TikTok. Rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat si kecil itu yang comel dan lucu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @aziefahzake (TikTok)
Image via @aziefahzake (TikTok)
Image via @aziefahzake (TikTok)
Bukan main happy lagi dia dapat main basikal ya, tak rasa serba salah langsung :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment