Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Gelagat Anak Merajuk Dengan Ayah Siap Muncung Mulut Buat Ramai Terhibur. Comel!

"Kecil-kecil dah kuat touching eh dik" - Netizen.

Cover image via @ismi_amanzas (TikTok)

Jika kita lihat kebiasaannya kanak-kanak kecil gemar merengek dan menangis jika mereka merajuk dengan ibu bapa

Namun lain pula situasi yang berlaku kepada seorang kanak-kanak lelaki ini apabila videonya merajuk dengan ayah tular di laman sosial baru-baru ini.

Gelagatnya telah mencuri perhatian netizen kerana tidak ubah seperti orang dewasa yang merajuk, malah dia langsung tidak menangis apabila dibebel ayahnya.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Muncung mulut sambil silang tangan hampir seminit akibat merajuk tidak dapat makan daging

Menerusi video berdurasi 59 saat itu, kelihatan kanak-kanak lelaki tersebut sedang dibebel oleh ayahnya kerana ingin memakan daging.  

"Papa tegur awak sebab papa sayang, tak bolehlah macam ni tegur sikit merajuk tegur sikit merajuk. Dah daging tu keras, awak punya gigi dua batang depan tu dah hilang, lagi awak nak mengunyah"

"Awak mengunyah pun tak betul lagi, lepas tu awak nak makan daging macam orang besar. Orang suruh makan nasi awak tak nak makan nasi. Bila ditegur, merajuk. Awak dah dua tahun, kena matang la sikit"

"Papa cakap dengan awak ni, awak nak tegak macam tu sampai pukul berapa? Awak dah tak reti nak masuk tidur dah? Awak merajuk ke awak tengah sembahyang? Papa tegur awak sebab papa sayang awak. Karang awak batuk-batuk malam-malam nak tidur macam mana, daging tu makanan orang tua," bebel ayahnya.

Apa yang mencetuskan dekah ramai adalah apabila kanak-kanak itu bertindak membuat protes dengan memuncungkan mulutnya tanpa berkata apa-apa

"Serius la 2 tahun dah kena matang? Kalau aku jadi mak dia confirm dah berdekah satu rumah" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah berjaya mendapat 1.1 juta views, 119.8K likes serta 14.9K shares di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua beranak itu kerana perbualan mereka seperti dua-dua orang dewasa.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @ismi_amanzas (TikTok)

Image via @ismi_amanzas (TikTok)

Image via @ismi_amanzas (TikTok)

Image via @ismi_amanzas (TikTok)

Image via @ismi_amanzas (TikTok)

Image via @ismi_amanzas (TikTok)

Image via @ismi_amanzas (TikTok)

Image via @ismi_amanzas (TikTok)

Image via @ismi_amanzas (TikTok)

Image via @ismi_amanzas (TikTok)

Adoi lawaknya kau ni dik, terhibur betullah tengok muncung tu! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment