[VIDEO] Gelagat Rider foodpanda Menari Sakan ‘Rasmikan’ Highway DASH Ini Jadi Perhatian
Pinggang okay tak tu bang?
Lebuh raya Damansara-Shah Alam Elevated Expressway yang juga dikenali sebagai DASH telah dibuka secara rasmi oleh Projek Lintasan Kota Holdings (PROLINTAS)
Ia telah dibuka kepada orang ramai pada 14 Oktober 2022 dan laluan di lebuh raya DASH adalah percuma sehingga 30 November 2022.
Namun, baru-baru ini tular pula sebuah rakaman seorang rider foodpanda menari di lebuh raya tersebut telah mencuri perhatian ramai di TikTok.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sakan menari tengah-tengah malam sebab dapat rasmikan highway baru
Menerusi video yang dimuat naik oleh @emychachacha, kelihatan rider foodpanda itu sedang berada di highway DASH pada pukul 12 tengah malam, 14 Oktober 2022 iaitu hari lebuh raya itu dibuka kepada orang awam.
Apa yang mencuri tumpuan adalah dia dilihat sakan menari seorang diri kerana seronok menjadi orang pertama yang merasmikan lebuh raya DASH.
Lebih menghiburkan lagi, dia membuat bermacam-macam jenis tarian termasuklah twerk di atas jalan.
Image via @emychachacha (TikTok)
"Lain macam cara kau rasmikan hahaha, penat sangat ke bang sampai macam tu gaya healing" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.2M views, 150.4K likes dan 3K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gaya rider foodpanda itu menari.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @emychachacha (TikTok)
Image via @emychachacha (TikTok)
Image via @emychachacha (TikTok)
Image via @emychachacha (TikTok)
Image via @emychachacha (TikTok)
Image via @emychachacha (TikTok)
Image via @emychachacha (TikTok)
Image via @emychachacha (TikTok)
Image via @emychachacha (TikTok)
Image via @emychachacha (TikTok)
Tahniah bang sebab jadi orang pertama yang rasmikan highway DASH! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment