[VIDEO] Gelagat Si Abang Nak Termuntah Bila Duduk Dekat Adik Baru Ini Buat Ramai Terhibur
Agak-agak kenapa dia jadi macam tu ya?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebiasaannya, anak sulunglah yang paling teruja apabila mendapat adik baru bukan?
Tambahan pula jika jarak umur mereka agak jauh, sudah pasti anak sulung akan merasa gembira kerana mendapat adik merangkap kawan baru untuk bermain.
Namun begitu, lain pula yang terjadi di dalam video TikTok ini apabila gelagat seorang kanak-kanak ingin termuntah setiap kali melihat adik barunya mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Buat reaksi nak termuntah setiap kali ayah bagi dekat dengan baby baru
Menerusi video yang dimuat naik oleh Devon Schoby dengan kapsyen "my son is sick of seeing his baby brother", kelihatan kanak-kanak lelaki itu tidak dapat membiasakan dirinya dengan kehadiran adik baru.
Malah, apa yang pelik adalah apabila setiap kali ayahnya mendekatkan si adik dengannya pasti dia akan membuat reaksi ingin termuntah seolah-olah tidak boleh bau adiknya itu.
Gelagatnya itu membuatkan si ayah dan ibunya ketawa dan tidak mengerti mengapa anak sulung mereka memberikan reaksi sedemikian.
Image via @schobyyy (TikTok)
Image via @schobyyy (TikTok)
"The beginning of a wonderful sibling rivalry, haha" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah berjaya meraih sehingga 9.8M views, 1.6M likes dan 129.1K shares di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur dengan gelagat si kecil itu. Malah, ada yang mengatakan dia tidak suka akan bau bayi yang baru lahir.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @schobyyy (TikTok)
Image via @schobyyy (TikTok)
Image via @schobyyy (TikTok)
Image via @schobyyy (TikTok)
Image via @schobyyy (TikTok)
Image via @schobyyy (TikTok)
Image via @schobyyy (TikTok)
Image via @schobyyy (TikTok)
Dia punya muka nak termuntah tu betul-betul macam geli sangat bila tengok adik dia, kelakarlah! :D
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment