seismik

"Biasalah Dunia Khayalan" - Babak Sinetron Hello Kitty Rebus Ini Buat Ramai Naik Hairan

Macam complicated betul gayanya tu.

Cover image via @itikkaki (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sinetron Indonesia sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di Malaysia

Pelbagai sinetron yang menjadi kegilaan ramai semasa kita melalui zaman persekolahan. Seperti mana yang kita tahu, mereka banyak menyiarkan cerita-cerita dongeng dan ajaib.

Antara lagu popular sinetron Indonesia adalah Dunia Khayalan. Sebut saja lagu itu, automatik melodinya akan bermain di kepala kita bukan?

Namun, tular baru-baru ini di TikTok sebuah babak dalam sinetron memaparkan adegan patung Hello Kitty direbus telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Semua terkejut bila nampak Hello Kitty rebus

Menerusi perkongsian video daripada @itikkaki, kelihatan mereka sekeluarga dikejutkan dengan anak patung kanak-kanak perempuan itu yang secara tiba-tiba berada di dalam periuk dan direbus.

Babak tersebut kelihatan sangat tegang dan serius kerana kanak-kanak itu dilihat menangis apabila melihatan anak patung kesayangannya direbus.

Namun, apa yang membuatkan netizen naik hairan dan terhibur adalah cara mereka berlakon itu seolah-olah masalah tersebut tidak boleh diselesaikan langsung.

"Tutup api, angkat patung tu jemur lah woi. Reaction diaorang tu aishh macam tengok ayam masak diri sendiri je" - Netizen

Susulan tularnya babak sinetron berkenaan yang kini telah meraih 1.2M views, 140K likes dan 3.1K shares di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen terhibur dengan lagu tersebut dan ramai yang tidak faham mengapa reaksi pelakon itu semua keterlaluan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Benda boleh settle, kenapa serabut sangat tu. Lawaklah sinetron ni :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: