[VIDEO] Ibu Tanya Cekodok Sedap Ke Tak, Tapi Cara Si Anak Jawab Pula Buat Ramai Terhibur
Anak nombor dua memang jujur orangnya.
Tidak dinafikan, kebiasaannya perangai anak sulung dan anak kedua memang jauh berbeza
Anak sulung dikenali dengan sifat yang penyabar, matang dan pandai menjaga hati orang di sekeliling mereka.
Berbeza pula dengan anak kedua yang selalunya disifatkan sebagai seorang yang suka cakap lepas, keras kepala dan jujur apabila ditanya tentang apa-apa hal.
Seperti sebuah video yang tular ini apabila seorang wanita bertanya kepada dua orang anaknya tentang rasa cekodok dimasaknya telah mencuit hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kakak jawab sedap, tapi adik pula selamba cakap cekodok keras
Menerusi video yang dimuat naik oleh @dijah_zam89, kelihatan wanita itu baru saja mengambil kedua-dua orang anaknya balik dari sekolah.
Semasa di dalam kereta, dia menghidangkan cekodok buat mereka dan bertanya sama ada rasa cekodok itu sedap atau tidak.
Apa yang menghiburkan adalah apabila si kakak mengangguk dan membuat isyarat ibu jari kononnya cekodok itu sedap. Tetapi, apabila tiba giliran si adik, dia dengan selamba menjawab cekodok itu keras.
Jawapannya itu membuatkan si ibu tergelak dan kembali bertanya kepada anak sulungnya betul ke cekodok itu keras. Dia kemudian membuat isyarat tangan tanda sedikit setuju dengan adiknya.
Image via @dijah_zam89 (TikTok)
Image via @dijah_zam89 (TikTok)
"Biasanya adik jujur gitu. Anak sulung kita pandai jaga hati semua benda sedap" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 924.4K tontonan, 67.9K tanda suka serta 371 perkongsian di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat telatah adik-beradik itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @dijah_zam89 (TikTok)
Image via @dijah_zam89 (TikTok)
Image via @dijah_zam89 (TikTok)
Image via @dijah_zam89 (TikTok)
Image via @dijah_zam89 (TikTok)
Image via @dijah_zam89 (TikTok)
Image via @dijah_zam89 (TikTok)
Image via @dijah_zam89 (TikTok)
Jujur betul si adik tu, bertabahlah ya ibu. Lepas ni boleh buat cekodok lembut sikit :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment