[VIDEO] JAWI Diminta Siasat Tular Aktiviti Sekumpulan Individu Buat 'Zikir Pelik' Di Kubur
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh tampil membantu siasatan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan perbuatan sekumpulan individu berzikir di sebuah Tanah Perkuburan dekat Setapak, Kuala Lumpur
Di dalam video perkongsian di media sosial, mereka dilihat berzikir dengan suara yang kuat serta pergerakan badan begitu ketara tidak sesuai dilakukan di tempat terbuka terutamanya di tanah perkuburan.
Malah, aktiviti terbabit turut mengejutkan orang ramai yang menziarahi pusara keluarga mereka mengakui tidak pernah melihat kumpulan individu berkenaan seperti dalam video tersebut.
Pihak polis juga telah menerima satu laporan berhubung satu rakaman video yang tular mengenai sekumpulan individu didakwa melakukan aktiviti mencurigakan itu.
Image via Facebook
JAWI diarah siasat individu zikir mencurigakan
Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Naim Mokhtar semalam telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menyiasat insiden berkenaan.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengambil maklum mengenai video tular di media sosial yang memaparkan sekumpulan pihak tertentu yang berhimpun di salah sebuah pusara dalam kawasan Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Ibukota, Setapak, Kuala Lumpur.
"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk membuat siasatan terperinci susulan kejadian tersebut," katanya dalam satu kenyataan media.
Image via Buletin TV3
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan.
"Pihak yang mempunyai maklumat adalah dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat berkaitan kepada JAWI bagi membantu siasatan," katanya.
Tambahnya, semua pihak dinasihatkan agar tidak membuat apa-apa spekulasi mengenai kejadian tersebut.
Pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana perlakuan dan amalan yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam.
Orang ramai juga diminta untuk memberi ruang siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa agama Islam berhubung kejadian itu.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment