seismik

[VIDEO] Pak Cik Nak Jual Telefon Untuk Rawat Kaki Raih Perhatian Pemilik Kedai Bantu

Terima kasih orang baik, semoga urusan pak cik itu dipermudahkan.

Cover image via @bosslee_oe (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini tular di sebuah video di TikTok apabila pemilik kedai bertindak menghulurkan bantuan selepas dia melihat seorang pelanggan bertongkat datang ke kedainya

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @bosslee_oe, difahamkan lelaki bertongkat itu datang ke kedainya untuk menjual telefon bimbit miliknya.

Menurut pak cik terbabit, jualan itu adalah bagi mendapatkan rawatan kakinya yang luka teruk dipercayai akibat diabetes.

Hulur bantuan selepas tahu tujuan asal lelaki itu

Namun, selepas mengetahui tujuan pak cik berkenaan, pemilik kedai terus menghulurkan sedikit sumbangan dalam usaha membantu lelaki berkenaan mendapatkan rawatan yang diperlukan.

"Seorang pelanggan datang ke kedai saya dengan membawa Xiaomi 13 untuk dijual. Selepas bertanya, barulah saya tahu bahawa dia ingin menjual telefonnya untuk mendapatkan wang bagi merawat kakinya. Kakinya mengalami luka yang teruk akibat diabetes, dan dia tidak ada pilihan lain selain menjual telefonnya untuk mendapatkan rawatan.

"Apabila mendengar kisahnya, air mata saya hampir mengalir. Akhirnya, saya berkata kepadanya, “Jangan jual telefon awak. Saya akan beri awak wang untuk merawat kaki awak.” Pada saat itu, dia menangis teresak-esak mendengar apa yang saya katakan," katanya.

Bukan itu sahaja, dia turut mempelawa pak cik tersebut untuk datang ke premis berkenaan atau menghubunginya pada bila-bila masa sekiranya berdepan sebarang kesulitan.

"Sebenarnya, masih ramai orang di luar sana yang memerlukan bantuan. Saya hanya mampu membantu setakat kemampuan saya. Semoga sahabat ini diberi kesembuhan dan kesejahteraan," katanya.

Lihat video di bawah:

@bosslee_oe

Hari ini, saya mengalami satu kejadian yang sangat menyentuh hati. Seorang pelanggan datang ke kedai saya dengan membawa Xiaomi 13 untuk dijual. Selepas bertanya, barulah saya tahu bahawa dia ingin menjual telefonnya untuk mendapatkan wang bagi merawat kakinya. Kakinya mengalami luka yang teruk akibat diabetes, dan dia tidak ada pilihan lain selain menjual telefonnya untuk mendapatkan rawatan. Apabila mendengar kisahnya, air mata saya hampir mengalir. Akhirnya, saya berkata kepadanya, “Jangan jual telefon awak. Saya akan beri awak wang untuk merawat kaki awak.” Pada saat itu, dia menangis teresak-esak mendengar apa yang saya katakan. Saya juga memberitahunya bahawa jika dia menghadapi kesulitan, dia boleh datang ke kedai saya atau hubungi saya bila-bila masa. Sebenarnya, masih ramai orang di luar sana yang memerlukan bantuan. Saya hanya mampu membantu setakat kemampuan saya. Semoga sahabat ini diberi kesembuhan dan kesejahteraan.

- Boss Lee_oe

Pak cik tersebut kemudiannya datang kembali untuk meminta bantuan daripada pemilik kedai dan bertanyakan tentang cara memohon KWSP.

Bagaimanapun, dia memberitahu bahawa dia akan menghubungi pihak berkaitan untuk membantunya.

Malah, kakinya juga telah dirawat di hospital kerajaan dan lukanya telah dibersihkan.

"Melihat keadaannya, saya berkata, “Boleh saya hantar awak pulang?” Tetapi dia berkeras mahu menunggang motosikalnya sendiri. Jadi, saya hanya dapat mengiringinya dari belakang untuk memastikan keselamatannya.

"Saya ada satu idea. Saya mahu tambah satu roda pada motosikalnya kerana kakinya sudah lemah dan sangat berbahaya jika dibiarkan begitu. Adakah sesiapa yang tahu tentang pengubahsuaian motosikal yang boleh membantu saya? Kosnya saya akan tanggung sepenuhnya," katanya.

Lihat video di bawah:

@bosslee_oe

Hari ini, abang Melayu itu datang meminta bantuan daripada saya. Dia bertanya tentang cara memohon KWSP. Saya memberitahunya bahawa saya akan menghubungi pihak berkaitan untuk membantunya. Kakinya juga telah dirawat di hospital kerajaan, dan lukanya telah dibersihkan. Melihat keadaannya, saya berkata, “Boleh saya hantar awak pulang?” Tetapi dia berkeras mahu menunggang motosikalnya sendiri. Jadi, saya hanya dapat mengiringinya dari belakang untuk memastikan keselamatannya. Saya ada satu idea. Saya mahu tambah satu roda pada motosikalnya kerana kakinya sudah lemah dan sangat berbahaya jika dibiarkan begitu. Adakah sesiapa yang tahu tentang pengubahsuaian motosikal yang boleh membantu saya? Kosnya saya akan tanggung sepenuhnya.

- Boss Lee_oe

Murah rezeki pemilik kedai, semoga lebih ramai lagi orang yang prihatin macam ini :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: