seismik

Ramai Tak Tahu Dengan Serendah RM800, Kita Boleh Terbang Keliling KL Dari Airport Subang

Lagi puas hati dapat pusing-pusing macam ni.

Cover image via @holla.heyyo (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari jadi atau hari kelahiran merupakan momen yang paling bermakna dalam hidup kita

Kebiasaannya, kita akan menyambut hari jadi dengan sambutan yang istimewa dan mendapat hadiah daripada ahli keluarga mahupun rakan-rakan.

Malah, ada yang memilih untuk bercuti atau berjalan-jalan di sekitar ibu kota untuk meraikan hari istimewa mereka itu.

Berbeza pula dengan video di TikTok ini apabila seorang lelaki mendapat kejutan hari jadi daripada abang-abangnya menaiki pesawat ringan mencuri tumpuan.

Abang-abang buat surprise bawa naik pesawat ringan jalan-jalan Kuala Lumpur

Menerusi video perkongsian di TikTok @holla.heyyo, dia memberitahu mahu membuat kejutan untuk adik lelakinya itu dengan menaiki pesawat ringan.

Pada awalnya si adik tidak tahu perkara itu sehinggalah mereka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Tidak menyoal banyak, adiknya mengikut sahaja langkah abang-abangnya sehinggalah dia merasa pelik selepas seorang individu datang menghampiri dan membawa mereka masuk ke dalam kawasan berlepas.

Mereka diterbangkan menggunakan pesawat ringan jenis Cessna 172 yang dikendalikan oleh Mr Andreas dari Jerman.

"Kita pusing KL dengan cara yang lain daripada yang lain, untuk perjalanan hari ini kita akan dibawa untuk pusing area KL selama 30 minit," katanya.

Difahamkan, ia mempunyai pakej-pakej yang berbeza iaitu 1 jam dengan harga RM1,400 dan 30 minit dengan harga RM800 untuk sebuah pesawat.

Lihat video di bawah:

@holla.heyyo Pusing KL tak guna penggangkutan darat?? Jom try cara lain dari yang lain!! @Kadang Kadang studio #jangantuatanpacerita #pusingkl #flight #travelmalaysia #traveltiktok #cessna172 #malaysiatiktok Walking Around - Instrumental Version - Eldar Kedem

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: