Remaja Pekik & Marah Ibu Di Klinik Gara-Gara Tak Minta MC Daripada Doktor
Makin menjadi-jadi perangai generasi sekarang.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, sijil cuti sakit atau MC amat penting untuk kita dapatkan jika betul tidak sihat
Tambahan lagi, ia juga adalah sebagai bahan bukti yang harus kita lampirkan kepada majikan atas sebab kita tidak hadir bekerja.
Namun, kini ramai orang yang tidak bertanggungjawab mengambil sijil cuti sakit sebagai alasan mereka malas atau sebab lain yang bukan kerana sakit.
Doktor terpaksa bagi MC lepas anak marah mak
Menerusi perkongsian di Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan, doktor tersebut berkongsi situasi ketika dia sedang merawat seorang remaja yang datang ke kliniknya serta ditemani ibu.
Difahamkan, gadis itu datang ke klinik kerana mengalami masalah senggugut.
"Assalamulaikum. Apa khabar? Sakit apa hari ini? Tanya saya. Krik krik krik, dua saat berlalu, pandangan gadis itu masih tertumpu pada skrin telefon berwarna keemasan di tangannya.
"Sesekali tersenyum dan seraya menaip sesuatu. Setelah itu, masih juga tiada jawapan," tulisnya.
Doktor itu memberitahu remaja berkenaan ditegur ibunya supaya menjawab pertanyaan tersebut, namun dia hanya berkata ‘senggugut’ dan masih sibuk dengan telefon bimbit berkenaan.
Oleh kerana remaja berkenaan sibuk dengan telefon dan lambat menjawab pertanyaannya, doktor tersebut telah mengambil telefon bimbit remaja terbabit dan diberikan kepada ibunya.
"Saya tahu sudi siasat itu penting, tapi saya hanya teruskan pemeriksaan tanpa sebarang bicara kerana saya takut tak dapat kekang diri daripada meledakkan kemarahan. Luluh hati, bagai kaca terhempas ke lantai.
"Silap kita juga. Kalau ibu bapa lebih rapat dengan telefon pintar daripada dengan anak-anak, inilah hasilnya. Generasi bertamadun tinggi, tapi mundur peradaban," katanya.
Malah, ibu remaja itu turut memohon maaf bagi pihak anaknya sebelum meninggalkan bilik konsultasi.
Namun, apa yang paling membuatkan doktor itu terkejut adalah selepas dia kemudian terdengar remaja tersebut memarahi ibunya di kaunter klinik hanya kerana tidak meminta sijil cuti sakit.
Perkara itu membuatkan doktor berkenaan berasa kasihan pada si ibu dan memberikannya sijil cuti sakit.
"Tiba-tiba kedengaran pekikan suara budak tadi di kaunter hadapan. Saya segera capai buku sijil cuti rehat.
"Sesungguhnya, sijil cuti itu saya beri bukan kerana gadis kecil itu layak, tapi saya tak sampai hati nak lihat si emak memohon. Sambil saya tandatangani sijil cuti sakit itu, airmata ku bergenang.
"Ya Allah. Ampunkan dosa-dosa kami, dosa-dosa mereka yang sebelum kami dan juga yang bakal menggantikan kami," tulisnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!