Jangan Sampai Kena Scam Untuk Bercuti! Ini Cara Semak Travel Agency Berdaftar Yang Sah
Pastikan anda tempah dengan agensi yang berdaftar.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pasti ramai di sini yang mengimpikan percutian di luar negara bukan?
Seperti yang kita tahu, percutian memerlukan bajet yang lebih terutama jika kita ingin bercuti ke luar negara. Tambahan pula, negara yang kita ingin pergi itu mempunyai nilai mata wang yang tinggi, jadi perlu lebih untuk menyimpan.
Namun, jika kita tidak biasa pergi ke negara tersebut adalah lebih mudah untuk kita menempah dari pakej pelancongan sahaja kerana mereka akan mengaturkan semuanya, daripada tempat melawat, makan sehinggalah ke penginapan.
Bagaimanapun, tidak dinafikan ada yang memilih untuk DIY (Do it yourself) sendiri sahaja itinerari mereka kerana mahukan masa yang lebih dan boleh pergi ke mana sahaja mereka.
Tetapi, kita perlulah lebih berhati-hati jika mahu menempah pakej pelancongan dan memastikan mereka sah berdaftar. Hal ini kerana banyak berita yang kita boleh lihat individu ditipu syarikat pelancongan dek kerana mereka bukanlah syarikat berdaftar yang sah.
Oleh itu, di dalam artikel kali ini SEISMIK ingin membantu anda agar tidak ditipu oleh agensi pelancongan anda dengan menyemak adakah mereka agensi yang berdaftar.
4. Kemudian, masukkan 'Nama Syarikat/ No. Lesen' yang anda ingin atau tempah di ruangan kotak carian
5. Klik butang 'Cari' dan lihat adakah syarikat tersebut berdaftar
Untuk makluman anda, hasil carian yang dilakukan melalui laman web MOTAC akan memaparkan maklumat-maklumat seperti berikut:
- Nama penuh syarikat
- Alamat
- Nombor telefon
- No. Lesen
- Tempoh sah lesen
- Jenis lesen
- Bidang lesen
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!