seismik

Netizen Risau Makin Ramai ‘Orang Putih’ Mahu Tinggal Di Malaysia, Tak Nak Jadi Macam Bali

Memang perlu risau kalau macam ini, hmm.

Cover image via Kayak (Gambar sekadar hiasan) & X

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti kita tahu, Malaysia sangat terkenal dengan kepelbagaian bangsa dan budaya

Bukan itu sahaja, Malaysia juga banyak tempat menarik yang kita boleh melancong dan lawati. Ditambah pula, pelbagai jenis makanan tradisional yang sudah tentunya hanya ada di Malaysia.

Sebab itu, ramai pelancong memilih Malaysia sebagai destinasi percutian mereka. Ia adalah perkara yang bagus kerana secara tidak langsung ia dapat meningkatkan ekonomi pelancongan di Malaysia.

Namun, baru-baru ini tular sebuah ciapan selepas seorang 'Mat Salleh' mempromosikan Malaysia dan kelebihan yang boleh didapati jika tinggal di negara ini.

Promosi seolah-olah mahu mengajak tinggal di Malaysia

Menerusi ciapan seorang Mat Salleh di laman X, kelihatan dia telah mempromosikan Malaysia dengan menyatakan kelebihan-kelebihan yang terdapat di dalam negara.

Di dalam ciapan itu, dia juga ada memberitahu bahawa ia sesuai untuk mereka yang ingin nomad ke Malaysia mereka boleh memohon visa secara berperingkat dengan pilihan 5 tahun, 15 tahun dan 20 tahun.

Individu berkenaan turut menyenaraikan 7 kelebihan di Malaysia dari segi faedah cukai, visa dan imigresen, kedekatan elit, infrastruktur digital, penguasaan bahasa Inggeris, persekitaran perniagaan dan kos sara hidup serta kualiti hidup.

Image via @0x_ale (X)

Netizen risau takut Malaysia jadi macam Bali

Ciapan berkenaan kemudiannya mendapat perhatian ramai terutama dalam kalangan rakyat Malaysia yang meluahkan kerisauan mereka.

Seorang individu di laman X memberitahu kini semakin ramai warga asing yang mempromosikan Malaysia untuk dijadikan sebagai rumah kedua dan berharap agar kerajaan menyemak kembali polisi-polisi agar kepentingan rakyat Malaysia terpelihara.

"Semakin ramai pula warga asing mempromosikan Malaysia sebagai rumah ke-2 mereka. Harap kerajaan semak balik polisi-polisi sedia ada agar kepentingan rakyat terpelihara. Kita tak mahu jadi seperti Bali di mana warga asing menjadi tuan tanah," tulisnya.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut meluahkan kerisauan mereka mengenai isu tersebut dan berharap agar kerajaan sentiasa menjaga kebajikan rakyat Malaysia.

Lihat antara komen-komen netizen di laman X:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: