Ingatkan Rider Salah Rumah, Suami Isteri Terkejut Rupanya Anak 6 Tahun Senyap-Senyap Order
Aduhai dik, sabar jelah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bagi suami isteri, anak merupakan permata yang paling berharga dalam hidup mereka
Sudah tentu, semakin membesar semakin banyak yang anak anda ingin terokai. Sampai kadangkala pasti ibu bapa pun penat melayan kerenah mereka betul tak?
Bukan itu sahaja, dengan teknologi canggih dan gajet zaman sekarang, mereka juga ada yang sudah mula pandai menggunakannya.
Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila sepasang suami isteri terkejut mendapat tahu anaknya berusia enam tahun memesan makanan secara online.
Tak sangka 'kerja' anak 6 tahun yang pesan makanan senyap-senyap
Menerusi perkongsian di TikTok @toyosan70, kelihatan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV)
menunjukkan reaksi si bapa dalam keadaan kebingungan ketika seorang rider menyerahkan bungkusan makanan tersebut di pagar rumah.
Rider berkenaan juga memberitahu ia dipesan atas nama Seri Rahayu iaitu isteri kepada lelaki terbabit. Namun, lelaki tersebut segera bertanya kepada isterinya mengenai pesanan terbabit tetapi wanita itu memberitahu dia tidak memesannya.
"Banyaknya! Siapa pesan ini? Isteri saya kata dia tak pesan.
"Betul ke ini alamatnya bang? Cuba abang semak semula," kata lelaki itu.
Dek kerana keliru, lelaki tersebut siap menyuruh rider berkenaan untuk bertanyakan rumah sebelah untuk memastikannya.
Tetapi, sebaik sahaja tiba di rumah sebelah, rider berkenaan menelefon nombor pelanggan terbabit dan lelaki itu mendapati ia memang adalah nombor isterinya.
Selepas meneliti, barulah mereka mendapat tahu rupa-rupanya ia adalah 'kerja' anak mereka berusia enam tahun yang memesan makanan tersebut.
Difahamkan, anak mereka membuat pesanan lapan set ayam goreng menggunakan akaun dalam talian ibunya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!