[VIDEO] “Kena Kencing” - Kawan Tolak Offer Keluar Sekali, Padahal Lepak Dengan Member Lain
Ini ke yang dimaksudkan dengan toxic friendship?
Dalam fasa persahabatan, pasti ada di antara kita pernah bergaul dengan kawan yang toxic bukan?
Image via FMT
Sebenarnya ramai je yang berperangai macam ini. Kita kena pandai pilih kawan dan kalau boleh elakkan daripada bergaul dengan orang yang toksik.
Senang cerita, kalau anda rasa tidak selesa berkawan dengan seseorang atau sekumpulan itu kerana perangai mereka yang toksik, lebih baik anda jauhkan diri dari awal supaya tidak ikut terjebak dengan gaya mereka.
Kalau tidak, kita yang akan sakit hati bila dipinggirkan atau hanya digunakan bila mereka perlu. Bak kata netizen, putus kawan lagi sakit dari putus cinta.
Begitu juga dengan video ini yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok, apabila dia ingin mengajak kawannya keluar untuk lepak
Menurut lelaki yang bernama Azlan itu, dia ternampak status kawannya di WhatsApp yang kononnya bosan dan ingin keluar.
Dia kemudiannya membalas status itu dan mengajak kawannya untuk lepak. Namun, kawannya memberi alasan tak jadi sebab malas pula nak keluar.
Tidak lama selepas itu, Azlan ternampak status baru kawannya memuat naik boomerang air Starbucks bersama lagi dua orang kawan dengan kapsyen 'lepak luuu'.
Image via @azlannazeran (TikTok)
Kecewa kerana ditipu, Azlan memuat naik video tersebut dengan kapsyen 'toxic friend'
Susulan tularnya video itu yang sehingga kini meraih lebih sejuta views di TikTok, rata-rata warganet geram dengan kawan Azlan yang tidak jujur dengannya.
Mereka hanya boleh berkata stay strong dan jangan berkawan dengan orang seperti itu lagi kepada Azlan. Ramai juga yang pernah ditipu seperti dia kerana sikap sesetengah individu yang toksik dan memilih kawan.
Tidak dapat dinafikan, memang ramai orang zaman sekarang yang berperangai sebegitu dan hanya nak berkawan dengan certain people saja. Atau dalam erti kata lain, cuma nak friends for benefit.
Antara komen menarik daripada warganet:
Image via @azlannazeran (TikTok)
Image via @azlannazeran (TikTok)
Image via @azlannazeran (TikTok)
Image via @azlannazeran (TikTok)
Image via @azlannazeran (TikTok)
Image via @azlannazeran (TikTok)
Image via @azlannazeran (TikTok)
Image via @azlannazeran (TikTok)
Image via @azlannazeran (TikTok)
Image via @azlannazeran (TikTok)
Image via @azlannazeran (TikTok)
Jadi guys, elakkan berkawan dengan orang toksik macam ini okay!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment