[VIDEO] Kompilasi Iklan Tahun Baru Cina 2024 Yang Tak Rugi Untuk Anda Tonton
Best-best semuanya!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Iklan yang berkait dengan sesebuah perayaan adalah sesuatu yang tidak asing untuk menimbulkan rasa keterujaan bagi yang menyambutnya
Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi, kami kongsikan kepada anda kompilasi iklan sempena sambutan perayaan ini yang menghiburkan dan ada juga yang boleh menyentuh hati anda.
Berikut di bawah adalah senarai video kompilasi iklan Tahun Baru Cina 2024:
1. MR. DIY - Wo AI Ni
Dalam iklan yang menyentuh hati ini, seorang datuk yang biasanya dilihat tegas cuba menggunakan AI untuk menunjukkan kasih sayangnya kepada ahli keluarga.
Tonton bagaimana cucu-cucunya yang comel mengajarnya bahawa AI tidak diperlukan untuk menunjukkan kasih sayang, tetapi apa yang diperlukan hanyalah sentuhan dari hati ke hati yang sebenar.
2. Etiqa - Further, together
Iklan Tahun Baru Cina yang menyentuh hati ini menyelusuri kehidupan empat pelajar lelaki dalam kisah mereka berada di dalam pasukan acara lari berganti-ganti.
Temui kisah persahabatan, pergaduhan dan kegagalan antara empat pelajar tersebut dalam iklan daripada Etiqa ini.
3. Pizza Hut - No One Is Left Behind
Seorang gadis yang dilihat sangat sayangkan bapanya, yang merupakan pemandu e-hailing, tampil dengan cara yang comel untuk berjumpa bapanya dengan lebih kerap.
Tetapi apa yang berlaku apabila dia dihantar ke rumah ibu saudaranya pada Tahun Baru Cina? Adakah dia akan ditinggalkan sendirian di sana atau ada sesuatu yang istimewa bakal berlaku?
4. UMLand - Pot That Melts Hearts
Iklan ini membawa cerita seorang wanita Melayu berkahwin dengan lelaki Cina menghadapi masalah untuk diterima oleh saudara-mara suaminya.
Dia cuba memenangi hati mereka dengan memasak resepi istimewa nenek mereka untuk sambutan Tahun Baru Cina, tetapi adakah itu sudah cukup untuk memecahkan halangan dan mencari tempatnya dalam keluarga tersebut?
5. TIME - Your Father’s Ad
TIME meraikan kepelbagaian dan perpaduan Malaysia dalam iklan Tahun Baru Cina ini, menampilkan rakyat pelbagai kaum dan latar belakang menikmati musim perayaan bersama-sama.
Filem pendek itu turut menambah sentuhan humor Malaysia dengan bertanya, "You think this is your father's ad ah?"
6. Watsons - Enter The Dragons
Dalam iklan ini, anda akan melihat bagaimana keluarga Long cuba menarik perhatian Mama Long mereka, dengan pelbagai hadiah dan aksi berlaku tetapi akhirnya menyebabkan lebih banyak huru-hara berlaku.
Sepanjang video ini, mereka juga mempelajari erti sebenar keluarga dan cinta, sambil mengalu-alukan ahli baharu dalam keluarga, Long BB, yang merupakan Bayi Naga pada tahun ini.
7. Perodua - Planting Abundance
Difilemkan di sebuah ladang pomelo di Tambun, Perak, filem pendek ini merakamkan intipati sebuah kampung yang harmoni dapat dilihat melalui perbuatan baik yang diamalkan dalam masyarakat.
8. Yeo's - CNY 2024 Main Film
Iklan menyentuh perasaan ini memaparkan seorang budak lelaki menceritakan rutin harian keluarganya sebelum sambutan Tahun Baru Cina dan cara mereka menikmati pergaulan antara satu sama lain.
Video tersebut mengingatkan kita bahawa perjumpaan bukan sekadar berkumpul untuk musim perayaan, tetapi juga untuk menghargai detik-detik kecil kebersamaan yang kita kongsikan setiap hari.
9. PETRONAS - Suara Hati & Buat Yang Sabar Menanti
Dalam filem pendek pertama PETRONAS untuk sambutan Tahun Baru Cina ini, kita menyaksikan panggilan telefon yang berlaku pada hari pertama Tahun Baru Cina, apabila wanita yang sudah berkahwin meninggalkan keluarga sendiri untuk beraya bersama keluarga suami.
Dalam filem pendek kedua pula, kita melihat kesanggupan seorang bapa dan keluarganya sanggup menunggu kepulangan orang tersayang untuk sambut perayaan bersama.
Kedua-dua filem pendek ini boleh mengingatkan kita tentang kepentingan keluarga dan kesyukuran bersama keluarga.
Jadi, yang mana satukah menjadi pilihan hati dan terbaik untuk anda tonton?
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment