Ini 5 Restoran Cina 'Muslim Friendly' Sempena Makan Malam CNY Yang Anda Boleh Kunjungi
Selamat Tahun Baru Cina in advance.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Antara salah satu tradisi yang dilakukan ketika sambutan Tahun Baru Cina adalah makan malam beramai-ramai bersama ahli keluarga
Selain jamuan Yee Sang dan kuih bakul tradisional atau ‘Nian Gao‘ dilakukan di rumah, makan malam tersebut juga boleh dilakukan di kedai makan atau restoran.
Jadi kepada anda yang masih belum mempunyai pilihan lokasi untuk membuat jamuan makan malam bersama ahli keluarga sempena Tahun Baru Cina, jom kami bantu anda dengan beberapa senarai di bawah.
2. Din by Din Tai Fung
Restoran Taiwan ini iaitu DIN by Din Tai Fung adalah salah satu restoran yang cukup popular dengan menu masakan Cina mereka terutamanya dumpling.
Kepada anda yang mahu memilih lokasi ini sebagai tempat untuk menikmati makan malam sempena Tahun Baru Cina dengan ahli keluarga, pastikan anda memilih cawangan yang ‘muslim friendly’ tanpa menyajikan menu pork.
Lokasi:
- Pavilion Damansara Heights
- Suria KLCC
- Sunway Pyramid
- One Utama Shopping Centre
- Penang Gurney Plaza
3. Restoran Jibby Chow
Kepada penggemar hidangan masakan Cina, Restoran Jibby Chow menyajikan pelbagai jenis makanan untuk memenuhi keinginan anda. Dari menu itik, lobster, daging dan ayam, semuanya ada.
Lokasi: 4, Jalan Telawi 4, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
4. Restoran Ruyi & Lyn
Jika anda peminat masakan Cina dan Jepun serta nak tukar selera kepada kombinasi masakan Cina dan Jepun pula, Restoran Ruyi & Lyn adalah salah satu lokasi dalam pilihan anda kerana selain hidangan nasi ayam Hainan dan nasi lemak, mereka juga menyajikan pelbagai jenis susyi.
Lebih menarik lagi, restoran ini mempunyai bilik yang lebih privasi bersama set karaoke dan juga ruang outdoor.
Lokasi: 4th Floor Annex Bangsar Shopping Center, 285, Jalan Maarof, 59000 Kuala Lumpur.
5. Restoran Golden Valley
Restoran Golden Valley ini menawarkan pelbagai sajian masakan Cina yang halal seperti lauk ketam masak cili, kulit ikan salmon yang rangup, ayam marmite dan sebagainya.
Keluasan kedainya juga agak besar dan sesuai untuk mereka yang mahu makan beramai-ramai bersama keluarga.
Lokasi: 355, Jalan Bandar Melawati, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor.
Sedap betul ya tengok! Jangan lepaskan peluang anda untuk pergi ke semua restoran di atas. Selamat Tahun Baru Cina <3
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!