seismik

[VIDEO] Lelaki Buat Konten Pura-Pura Cacat Lepas Masuk Tandas OKU Ini Raih Kecaman Ramai

Tak baik tau.

Cover image via bckupacc99 (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Orang Kelainan Upaya (OKU) adalah individu yang mempunyai kekurangan dari segi anggota badan atau intelektual tetapi pelbagai fasiliti di tempat awam disediakan untuk memudahkan golongan OKU seperti kawasan parkir, tandas dan banyak lagi

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok, Seorang lelaki membuat konten berlakon sebagai dirinya sendiri, pura-pura cacat, yang kemudiannya menuai kecaman daripada orang ramai.

lelaki tersebut memperlihatkan sudut pandang (POV) tentang pengalaman menggunakan tandas OKU.

Pada permulaannya, lelaki tersebut segera masuk ke tandas OKU untuk membuang air kecil.

Image via bckupacc99 (X)

Pura-pura cacat ketika keluar tandas OKU

Namun, ketika hendak keluar dari tandas, dia terperasan bahawa terdapat banyak golongan OKU yang sedang beratur di luar.

Dengan tangan yang disengkokkan, dia berpura-pura seolah-olah mengalami kecacatan semasa keluar dari tandas.

Walau bagaimanapun, selepas beberapa langkah meninggalkan tandas, dia kembali berjalan seperti biasa.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak sensitif langsung ya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: