seismik

[VIDEO] Warganet Dakwa Entiti Yang Lompat Atas Laut Yang Tular ‘Sulur Bidar’. Betul Ke?

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Cover image via @4mirulhere (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum mengetahui, lautan mempunyai keluasan yang lebih besar daripada daratan. Oleh itu, lumrah bahawa lautan masih merupakan kawasan yang belum sepenuhnya dijelajahi oleh manusia

Sesetengah orang Melayu percaya adanya makhluk yang ‘menghuni’ di kawasan sungai, tasik, laut dan lubuk paya. Mungkin ada dia antara anda yang pernah dengar tentang Sulur Bidar bukan?

Ia juga dikenali sebagai Hantu Balung Bidai, biasanya kaki pancing atau mereka yang tinggal di hulu sungai sangat ‘kenal’ dengan makhluk misteri ini kebiasaannya hidup dalam air seperti sungai, tasik dan paya.

Sulur Bidar ni mempunyai bentuk fizikal yang sangat aneh dari hantu-hantu biasa yang kita biasa dengar. Ianya berbentuk macam sehelai permaidani atau tikar putih. Selain itu, ia juga mempunyai empat kepala di setiap penjuru. Boleh bayang tak? Sulur Bidar juga dikatakan akan menggulung mangsa dan tarik ke dalam air selama beberapa hari.

Tular lelaki rakam entiti misteri di laut

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial, memaparkan seorang lelaki terakam objek misteri di kawasan laut ketika lewat petang di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menerusi video tersebut, entiti misteri itu kelihatan seolah-olah bergerak, melompat-lompat di atas permukaan air laut.

“Nak rakam sunset, tiba-tiba ternampak benda ini. Benda apa ini weh? Lokasi di Port Dickson, Negeri Sembilan,”
tulisnya pada video tersebut.

"Oh, tu sulur bidar, memang selalu nampak" - Netizen

Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 659.8K tontonan, 341.8K tanda suka dan 24.2K komen di TikTok.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Berikut merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video penuh itu di bawah:

First time admin nampak rupa bentuk sulur bidar.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: