seismik

Lelaki Selamba Serang Orang Sedang Memancing - "Ini Sungai Bapak Aku Yang Buat"

Lain macam ya berebut sungai.

Cover image via @sultanmelaka78 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Para penggemar aktiviti memancing kebiasaanya akan ke mana-mana sungai untuk beriadah kerana sungai merupakan hak milik semua

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok, seorang lelaki telah menyerang individu lain ketika memancing di sungai yang menurutnya dibuat oleh ayahnya.

Difahamkan, lelaki berkenaan telah menyerang pak cik itu kerana tidak berpuas hati.

Menurut lelaki tersebut, pak cik yang sedang memancing itu sebenarnya telah menceroboh kawasan sungai mereka tanpa izin.

 Apa yang lebih mengejutkan adalah lelaki berkenaan mendakwa sungai itu telah dibuat oleh ayahnya.

Mempertahankan dengan mengatakan bahawa sungai hak milik semua

Pak cik yang sedang memancing itu pula mempertahankan tindakannya memancing di tempat itu kerana menurutnya, sungai tersebut hak milik semua.

Seterusnya, pak cik yang sedang memancing itu turut menyatakan dia tidak menuba atau meracun. Jadi dia kehairanan kenapa harus dia dimaki hamun.

Perbalahan antara mereka terus meleret tentang hal sempadan, isu kenegerian dan isu berkaitan izin ketua kampung sebelum memancing di kawasan tersebut.

Lelaki yang bengang itu turut menuduh pak cik yang sedang memancing itu sebagai bukan orang Johor tetapi orang Negeri Sembilan dan dia tak berhak memancing di kawasan berkenaan.

Ni kali pertama admin dengar orang bergaduh berebut sungai :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: