[VIDEO] Lakonkan Perbezaan Layanan Ibu Sendiri & Mak Mentua, Wanita Ini Buat Ramai Sedih
Sebab itulah orang kata bila dah kahwin kalau boleh cari rumah sendiri.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sesiapa saja yang sudah berkahwin, sudah pasti menginginkan layanan mesra daripada keluarga mentua bukan?
Iyalah, kita bukan saja berkahwin dengan anak mereka tetapi seluruh keluarga pasangan juga perlu dianggap seperti keluarga kita sendiri.
Namun, alangkah kecewa dan sedihnya hati apabila mak mentua sendiri tidak sukakan kita dan bersikap berat sebelah.
Sama seperti sebuah video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita melakonkan semula situasi perbezaan layanan antara ibu sendiri dan ibu mentuanya menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Suami terima layanan baik daripada keluarga sendiri, tapi lain pula yang jadi bila di rumah mentua
Menerusi video yang dimuat naik oleh @arnie_ibuhebat2, kelihatan pada mulanya dia berada di rumahnya sendiri dan meletakkan perbualan antara ibu dan dirinya.
Si ibu sangat menyayangi suaminya seperti anak sendiri dan tidak kisah jika si suami bangun lambat kerana faham penat akibat bekerja.
Namun, lain pula situasi apabila dia berada di rumah ibu mentuanya. Pantang bangun lambat sikit, mesti ibu mentuanya memarahi di depan si suami dan berkata isterinya pemalas. Perkara itu telah membuatkan wanita tersebut merasa sediih kerana dia tidak dilayan baik seperti mana ibunya melayan suaminya.
Image via @arnie_ibuhebat2 (TikTok)
Image via @arnie_ibuhebat2 (TikTok)
"Mentua adalah sebab aku cerai. Menantu perempuan tidak akan pernah menjadi seorang anak untuk mentua" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 5.2M tontonan, 342.3K tanda suka dan 12.5K perkongsian di TikTok.
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen dapat relate dengan situasi itu kerana pernah berlaku pada mereka. Malah, ada yang terpaksa bercerai gara-gara sikap mentua.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @arnie_ibuhebat2 (TikTok)
Image via @arnie_ibuhebat2 (TikTok)
Image via @arnie_ibuhebat2 (TikTok)
Image via @arnie_ibuhebat2 (TikTok)
Image via @arnie_ibuhebat2 (TikTok)
Image via @arnie_ibuhebat2 (TikTok)
Image via @arnie_ibuhebat2 (TikTok)
Image via @arnie_ibuhebat2 (TikTok)
Image via @arnie_ibuhebat2 (TikTok)
Image via @arnie_ibuhebat2 (TikTok)
Apa-apa pun, bukan semua perangai mentua macam tu. Ada je yang baik kan :)
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment