[VIDEO] Lelaki Beli iPhone 14 Dengan Hasil Kumpul Duit Syiling 50 Sen Selama 7 Tahun. Wow!
Penat yang membuahkan hasil.
Pepatah Melayu ada mengatakan, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Ia bermaksud jika kita mahu melakukan sesuatu, kita pasti akan menyempurnakannya dengan sedaya upaya kita dan demikian juga sebaliknya.
Seperti sebuah video tular baru-baru ini memaparkan seorang lelaki Malaysia berjaya membeli iPhone 14 serba baharu dengan menyimpan duit syiling 50 sen dalam tempoh tujuh tahun telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Ambil masa tiga jam untuk kira duit syiling 50 sen yang mencecah RM5,360
Menerusi video tersebut yang dikongsi oleh @bifoty_camper, kelihatan lelaki itu dan beberapa ahli keluarganya sedang mengira jumlah duit RM0.50 yang dikumpulnya sejak tujuh tahun lalu.
Apa yang menarik adalah mereka dilihat menggunakan gergaji untuk memotong botol berisi duit syiling itu sehingga terbuka dan mengira jumlah kesemua wang tersebut bersama-sama.
Lebih mengagumkan, mereka berempat mengambil masa selama tiga jam untuk mengira jumlah syiling itu yang mencecah RM5,360.
Image via @bifoty_camper (TikTok)
Image via @bifoty_camper (TikTok)
Menurut lelaki itu, dia tidak pernah menjangka untuk menyimpan begitu banyak wang kerana dia hanya mula mengumpul syiling sekadar suka-suka.
Hasil tabungan itu, dia mampu membeli sebuah iPhone 14. Malah, untuk terus mengembangkan koleksinya, dia juga menukar wang kertas dengan syiling daripada rakan dan keluarganya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sehingga 4.4M tontonan, 122K tanda suka serta 2.2K komen di TikTok
Rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mengenainya. Malah, ada yang mencadangkan supaya lelaki itu menukar kepada duit lama kerana lebih menguntungkan.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @bifoty_camper (TikTok)
Image via @bifoty_camper (TikTok)
Image via @bifoty_camper (TikTok)
Penting sebenarnya menabung ni, boleh tolong kita kalau ada kecemasan. Terbaik abang ni! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment