[VIDEO] "Maki Hamun Suami, Maka Nerakalah Tempat Seseorang Itu" - Ustaz Wadi Annuar
Nauzubillah min zalik.
Baru-baru ini, tular di media sosial seorang wanita yang merupakan usahawan dan influencer telah memarahi suaminya kerana menjadi penyebab kepada kemalangan kecil kenderaan mewah milik mereka
Rasanya mesti ramai sudah tahu siapa usahawan yang dimaksudkan itu bukan? Susulan video tersebut yang tersebar di media sosial, pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar telah membahas isu berkenaan dalam ceramahnya.
Lihat video tersebut di bawah:
Beri pesanan tentang reda suami kepada isteri
Menerusi posting di akaun Instagram miliknya, Ustaz Wadi mengucap panjang sekali gus memberi pesanan kepada para isteri tentang reda seorang suami.
"Baru-baru ini, sehari dua ini ada orang tunjuk seorang isteri dia maki hamun suami dia, Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Macam mana semua orang boleh tahu? Puluhan ribu orang tahu dia maki hamun, sebab dia rakam waktu dia maki hamun suami dia itu,"
"Reda seorang isteri pada tangan seorang suami, sepertimana reda seorang anak pada tangan seorang ibu. Kalau tak sempat taubat dan tidak diampunkan oleh Allah SWT, maka nerakalah tempat seseorang itu," jelasnya.
Meninjau ke ruangan komen, netizen juga turut memberikan pendapat mereka tentang isu terbabit
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 559K views, 35.8K likes, dan 277 comments di Instagram.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di Instagram:
Sama-samalah kita ambil iktibar dan pengajaran supaya tidak terjadi dekat diri sendiri dan orang terdekat kita. Wallahualam.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!