Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Lelaki Cuba Nak Jadi Macam Abang Tesla, Sekali Belum Apa-Apa Muka Dah Lebam

Tak dapat nak tolong kalau macam ni bang.

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular isu tentang seorang lelaki yang digelar sebagai Abang Tesla berkahwin dua telah mengundang kecaman ramai

Tindakannya yang ingin berpoligami itu mendapat tentangan daripada golongan netizen terutamanya para wanita.

Hal itu terjadi kerana mereka simpati dengan nasib isteri pertama Abang Tesla yang dikatakan sudah redha dan menerima keputusan suaminya itu.

Disebabkan isu itu juga, ramai lelaki membuat parodi ingin berkahwin dua. Tidak terkecuali dengan seorang lelaki ini, namun lain pula yang jadi dalam videonya.

Lihat video itu di bawah:

Buat konten solat sama-sama dengan isteri persis macam Abang Tesla, sekali ada plot twist pula

Menerusi video pendek yang dimuat naik oleh @bapaksuamiorangofficial, kelihatan lelaki itu sedang menunaikan solat subuh bersama isterinya.

Babak dalam video itu persis seperti rakaman yang dimuat naik oleh Abang Tesla di akaun TikToknya baru-baru ini.

Tetapi, apa yang melucukan adalah apabila pada akhir video, muka lelaki itu dilihat lebam akibat dibelasah oleh isterinya. Malah, si isteri juga mencampak beg ke arah pintu rumah mereka. 

Image via @bapaksuamiorangofficial (TikTok)

Image via @bapaksuamiorangofficial (TikTok)

"From abang tesla to abang takziah in 0 sec. Disebabkan abang tesla bini aku suruh subuh sorang-sorang" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 2.3M tontonan, 193.5K tanda suka serta 7.8K komen di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat parodi tersebut. Malah, ramai kaum lelaki meluahkan masalah yang ditimpa mereka gara-gara isu Abang Tesla.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Image via @bapaksuamiorangofficial (TikTok)

Image via @bapaksuamiorangofficial (TikTok)

Image via @bapaksuamiorangofficial (TikTok)

Orang perempuan kalau bab poligami jangan diajak bergurau bang, memang jadi personal issue nanti :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment