[VIDEO] Lelaki Ikat Ikan Layar Dekat Belakang Badan Ini Raih Perhatian Warganet
Tak tercucuk ke bang?
Segelintir orang ada berpandangan bahawa aktiviti memancing ini merupakan aktiviti yang membuang masa
Bagi para isteri pula, pasti mereka akan mula membebel jika suami ingin pergi memancing. Mereka turut berkata ia merupakan aktiviti yang membuang masa jika tidak membawa pulang hasil.
Sebenarnya, tidak sama sekali. Aktiviti memancing merupakan aktiviti yang dapat menghilangkan stress. Malah, ia juga dapat meningkatkan tahap fokus selain daripada membawa pulang hasil.
Tular sebuah video di laman sosial TikTok baru-baru ini, apabila seorang lelaki membeli ikan layar di pasar. Namun, cara dia membawa pulang ikan tanpa potong itu telah meraih perhatian warganet.
Lihat video penuh itu di bawah:
Masa memancing tak dapat ikan, sebab itu pergi pasar beli ikan
Menerusi video berkenaan, kelihatan lelaki itu menunjukkan gelagat salah seorang pelanggannya yang membeli ikan di gerai jualannya.
Difahamkan, lelaki itu baru pulang dari memancing tetapi tidak berjaya mendapatkan hasil. Bagi mengelak daripada mendengar isteri membebel, dia hanya membeli ikan di pasar saja.
Apa yang menarik perhatian adalah, ikan layar itu tidak dipotong dan hanya diikat di belakang badan saja untuk pulang ke rumah.
Image via @jon_ikan (TikTok)
Image via @jon_ikan (TikTok)
Image via @jon_ikan (TikTok)
"Sanggup beli ikan sebab dah janji dengan bini. 'Abang janji abang bawa balik seekor untuk masak' hahaha" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 409.7K views, 16.8K likes dan 797 comments di TikTok. Rata-rata warganet turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @jon_ikan (TikTok)
Image via @jon_ikan (TikTok)
Image via @jon_ikan (TikTok)
Image via @jon_ikan (TikTok)
Alamak, abang dah kantoikan rahsia terbesar pemancing :P
Image via Giphy
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment