seismik

[VIDEO] Mak Cik Selamba 'Pancing' Ikan Sambil Duduk Atas Motor Ini Curi Tumpuan Ramai

Sempoi mak cik!

Cover image via @afiqazuwan (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Aktiviti memancing kebiasaannya dijadikan sebagai hobi dikala waktu lapang

Malah, aktiviti ini juga memerlukan kepakaran serta teknik supaya berjaya menangkap ikan. Jika salah menggunakan teknik, maka keberangkalian untuk mendapatkan hasil juga agak sukar.

Oleh itu, ada sesetengah orang yang menjadikan aktiviti ini hanya sekadar hobi dan bukannya untuk mendapatkan hasil semata-mata.

Sama seperti sebuah video yang tular baru-baru ini, apabila seorang wanita sedang memancing. Namun, cara wanita itu memancing di atas motor telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Siap dapat ikan walaupun memancing atas motor

Menerusi video yang dimuat naik oleh @afiqazuwan, kelihatan seorang mak cik sedang khusyuk menunggu hasil daripada pancingannya.

Apa yang menarik perhatian adalah, mak cik itu dengan selamba memancing ikan di atas motor siap memakai helmet.

Selain itu, kedudukannya yang jauh dan hanya bergantung kepada joran panjang itu yang membuat rata-rata netizen ingin menuntut ilmu memancing dari mak cik itu.

"Saya nak jumpa mak cik ni lah, nak tuntut ilmu dia sikit" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut, kini video berkenaan telah meraih sebanyak 358.5K views, 23.7K likes dan 833 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut terhibur suara latar belakang video tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Suara latar belakang pun main peranan ya! :D

Image via Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: