[VIDEO] Lelaki Ini Cipta Alat Hand Sanitizer Automatik, Tapi Bila Try Lain Pula Yang Jadi
Senanglah sangat nak guna tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Umum mengetahui keadaan pandemik Covid-19 ketika ini menyebabkan kita semua perlu mengamalkan norma baru
Antara barangan penting yang menjadi keperluan dalam kehidupan seharian kita adalah face mask dan hand sanitizer. Dua benda ini sangat penting untuk dipakai ketika keluar di tempat awam.
Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang lelaki cuba untuk mencipta botol pam hand sanitizer secara automatik mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Cuba nak cipta pump hand sanitizer automatik tanpa perlu tekan
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki menujukkan akibat sekiranya menggunakan botol pam hand sanitizer biasa.
Dia kemudian mendapat satu idea untuk mencipta hand sanitizer automatik tanpa perlu disentuh untuk memudahkan pengguna. Malah, dia menggunakan pengimbas sensor agar botol pam itu dapat mengesan haba tangan manusia.
Namun begitu, semasa menunjukkan demonstrasi tersebut, hand sanitizer itu terus melimpah keluar sehingga tumpah dan tidak boleh dikawal. Ciptaan lelaki itu ternyata gagal sama sekali.
Image via @HumansNoContext (Twitter)
Image via @HumansNoContext (Twitter)
"Sekarang ia sudah sanitize satu bilik" - Warganet
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut terhibur melihat aksi lelaki tersebut.
Malah, ramai yang mempersendakan aksinya itu dengan pelbagai pandangan mereka. Ada juga yang merasa kesakitan ketika pam botol itu melimpah dan terkena pada tangannya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 257.7K views, 2,957 retweets dan 13.5K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di Twitter:
Aduhai, lain yang nak dibuat tapi lain pula yang jadi ya :P
Image via SAYS Seismik
Lagi berita terkini hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment