[VIDEO] Lelaki Ini Kongsi Kenapa Lantai Rumah Orang India Sentiasa Nampak Bersih
Wah, sampai boleh jadi cermin ya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ramai pasti tertanya-tanya keadaan lantai rumah kaum India di Malaysia yang majoritinya dilihat bersih dan berkilat hampir setiap masa
Tahukah anda sebenarnya boleh dikatakan kaum India akan menyapu dan mop lantai sekurang-kurangnya tiga kali sehari bagi memastikan ia bersih dan berkilat?
Perkara itu dikongsikan seorang guru yang juga mualaf, yang dikenali sebagai Cikgu Param menerusi temu bual sebuah program podcast.
Menerusi video TikTok tersebut, Cikgu Param mendedahkan sebab-sebab masyarakat India begitu menjaga kebersihan di rumah mereka.
Image via @sembangkopiahterbang (TikTok)
Berkait dengan kepercayaan dan adat bagi masyarakat India
Menurut Cikgu Param, menjadi kewajipan bagi masyarakat India untuk menyapu dan mop lantai rumah setiap hari.
“Benda pertama yang wajib buat apabila bangun pagi bagi masyarakat India adalah sapu dan mop. Sehari itu tiga kali buat, itu pun dikira malas. Yang rajin itu sebelum tidur buat lagi,” katanya.
Bahkan, ia juga dikatakan berkait dengan kepercayaan dan adat bagi masyarakat India iaitu menjaga kebersihan yang dituntut agama dan untuk meraih lebih banyak rezeki.
“Pertama, kepercayaan dalam agama. Saya rasa mana-mana agama kita perlu menjaga kebersihan supaya tak dapat penyakit, supaya rumah bersih dan sebagainya.
“Kepercayaan kedua apabila rumah kita bersih, kemas dan cantik akan dapat lebih banyak rezeki,” kongsinya lagi.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bukan seminggu sekali ya mop dan sapu lantai tetapi setiap hari :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment