seismik

Tiket Masuk Ke Semua Lokasi Pelancongan Di Negeri Melaka Percuma 20 Februari Ini

Tawaran itu bersempena sambutan Hari Memperingati Tarikh Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Cover image via Tourism Melaka & Utusan Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan Melaka menawarkan kepada orang ramai dan para pelancong yang ingin berkunjung ke negeri itu untuk masuk dan menggunakan kemudahan secara percuma di 10 tarikan pelancongan pada 20 Februari ini

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, selain itu, kerajaan negeri turut memberikan parkir percuma kepada orang ramai yang meletakkan kenderaan di semua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri itu.

Beliau berkata, kemasukan percuma itu membabitkan perkhidmatan Melaka River Cruise menerusi penyediaan 15 bot di tiga jeti iaitu Jeti Pengkalan Rama, Jeti Taman Rempah dan Jeti Muara.

"Ia diikuti Menara Taming Sari (9 pagi hingga 5 petang); 21 muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) (9 pagi hingga 5 petang); Zoo Melaka (10 pagi hingga 5 petang, menggunakan sistem first come first serve'), Balai Cerap Al-Khawarizmi (9 pagi hingga 5 petang).

"Melaka Wonderland & Themepark (6 petang hingga 10 malam); Taman Laut Negeri Melaka (kos aktiviti menyelam sahaja); lima Kelab Golf Negeri Melaka (percuma green fee'); Muzium Penjara Malaysia Melaka (9 pagi hingga 5 petang) dan Malaysia Heritage Studios (10 pagi hingga 6 petang)," katanya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusof (kanan)

Image via Kosmo

Sempena memperingati Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu diadakan di Banda Hilir

Sempena tarikh itu juga, Ab Rauf berkata, satu acara khas bagi memperingati Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu juga akan diadakan di Banda Hilir.

Katanya, lakonan semula babak sejarah ketibaan Tunku Abdul Rahman di hadapan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir itu akan bermula jam 4 petang menerusi perarakan yang menggunakan kereta bernombor pendaftaran M4442.

"Majlis bermula dengan perarakan oleh Kereta Tunku M4442 bersama rombongan, seterusnya diadakan pembacaan Watikah Kemerdekaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, disusuli dengan bacaan yasin serta tahlil.

"Pada jam 6 petang pula, bertempat di perkarangan Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka, acara diteruskan dengan Malam Aneka Warna menampilkan persembahan teater muzikal bertajuk `Di Atas Runtuhan Kota Melaka Kita Dirikan Negara Baru," katanya lagi.

Senarai lokasi pelancongan di Melaka yang anda boleh masuk secara percuma 20 Februari ini:

  • Melaka River Cruise menerusi penyediaan 15 bot di tiga jeti iaitu Jeti Pengkalan Rama, Jeti Taman Rempah dan Jeti Muara.
Image via Tourism Melaka
  • Menara Taming Sari (9 pagi hingga 5 petang)
Image via Utusan Malaysia
  • 21 muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) (9 pagi hingga 5 petang)
Image via Pusmas TLDM
  • Zoo Melaka (10 pagi hingga 5 petang, menggunakan sistem first come first serve)
Image via The star
  • Balai Cerap Al-Khawarizmi (9 pagi hingga 5 petang)
Image via researchgate
  • Melaka Wonderland & Themepark (6 petang hingga 10 malam)
  • Taman Laut Negeri Melaka (kos aktiviti menyelam sahaja)
Image via Fuh
  • Lima Kelab Golf Negeri Melaka (percuma green fee)
Image via suaramerdeka
  • Muzium Penjara Malaysia Melaka (9 pagi hingga 5 petang)
Image via muziumgaleri
  • Malaysia Heritage Studios (10 pagi hingga 6 petang)
Image via risemalaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: