Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Maafkan Abang" - Lihat Video Tular Adik Ini Disepak Abang Tanpa Sengaja Gara-Gara TikTok!

Tak pasti sama ada nak gelak, atau nak kesian, atau nak sedih.

Cover image via Twitter @HarrisNasir

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan hampir 2 minggu lalu susulan penularan wabak Covid-19, ramai yang mula menggunakan aplikasi TikTok bagi mengelak kebosanan

Aplikasi TikTok semakin popular di kalangan masyarakat sekarang. Dalam masa kita menempuh hari-hari PKP, TikTok semakin menjadi kegemaran ramai, termasuklah di kalangan selebriti tanah air. Penggunaannya yang mudah juga sesuai untuk semua peringkat umur.

Image via Forbes

Dalam keadaan terlalu banyak masa lapang di rumah, pelbagai idea dan kreativiti dicurahkan ke dalam usaha menghasilkan video yang boleh menarik perhatian dan mendapat tontonan orang ramai.

Image via The Independent

Tidak dapat dinafikan aplikasi ini sekiranya digunakan dengan baik, mampu menghilangkan rasa stres duduk di rumah di samping menghiburkan hati mereka yang menonton.

Baru-baru ini seorang lelaki telah berkongsikan melalui laman Twitter rakaman video TikTok-nya yang tidak menjadi gara-gara tersepak muka adik sendiri

Berdasarkan video tersebut, lelaki itu yang bernama Harris Nasir dilihat baru sahaja hendak memulakan tarian dan tanpa disedari, adik lelakinya tiba-tiba muncul lalu merangkak di celah kedua-dua kaki dia.

Image via Twitter @HarrisNasir

Tanpa disangka Harris terus tersepak adiknya. Berdasarkan riak wajah mereka, dapat dilihat masing-masing terkejut dengan apa yang telah berlaku. Harris kemudiannya terus memujuk kanak-kanak lelaki itu sambil mengusap pipi dia memastikan tiada sebarang kecederaan berlaku.

Lihat video penuh di bawah:

Ternyata rakaman tersebut telah mendapat perhatian warga Internet

Rata-rata warganet memberikan respon mereka setelah melihat rakaman tersebut.

Ada yang terhibur, ada juga yang meluahkan rasa simpati terhadap kanak-kanak lelaki terbabit. Bukan itu sahaja, ada juga yang terharu melihat bagaimana cara si abang memujuk adiknya.

Antara komen menarik dari warganet:

Tengah PKP ni kena ingat untuk patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment