Viral Gambar Roti Dibuang, Netizen 'Sekolahkan' Individu & Bagi Tips Untuk Elak Pembaziran
Tak elok membazir.
Roti Gardenia kini telah menjadi pilihan ramai ketika berlangsungnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
Mana tidaknya, majoriti rakyat Malaysia dilihat memilih roti Gardenia untuk dimakan ketika berada di dalam rumah yang seterusnya menyebabkan stok bagi produk tersebut semakin berkurangan.
Namun ketika musim ini, terdapat sesetengah individu yang cuba membuat pembelian panik dengan membeli roti tersebut pada jumlah yang banyak dan seakan-akan terlupa bahawa ia sebenarnya tidak tahan lama dan mempunyai tarikh luput.
Seperti baru-baru ini, viral di laman Twitter mengenai sikap individu yang dilihat telah melakukan pembaziran dengan membuang berbuku-buku roti Gardenia ke dalam tong sampah
Perlakuan individu yang tidak dikenali itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama Zambri Mohd Isa menerusi laman Twitter miliknya.
Perbuatan tidak bermoral tersebut telah menimbulkan rasa meluat serta marah dalam kalangan netizen yang rata-ratanya menyifatkan ia sebagai suatu pembaziran yang sangat besar lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi semasa.
Malah menurut mereka, akibat terlalu tamak dan mengikut nafsu, roti tersebut pada akhirnya terpaksa dibuang kerana tidak dimakan setelah melepasi tarikh luput.
Melihat kepada pembaziran yang berlaku, netizen kemudiannya memberikan tips tentang apa yang boleh dilakukan terhadap roti yang menghampiri tarikh luput ataupun sudah luput