seismik

[FOTO] Persis 'Zombieland', Suasana Sekitar Ibu Kota KL Sejak Tempoh PKP Lebih 'Tenang'

Siapa sangka, KL akan berubah seperti ini.

Cover image via AI

Ibu kota Kuala Lumpur merupakan salah sebuah bandar yang tersibuk di dunia dan sering dipenuhi orang ramai

Sekadar gambar hiasan

Image via Flashtank

Digelar sebagai ibu negara Malaysia, bandar ini sering menjadi tumpuan serta pilihan rakyat untuk mencari rezeki dan sumber pendapatan. Malah, ramai juga penduduk dari kawasan luar bandar yang sanggup berhijrah ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mencari peluang pekerjaan buat mereka.

Mana tidaknya, di bandar ini banyak syarikat-syarikat besar dan kecil telah ditubuhkan dan ia secara tidak menyediakan peluang pekerjaan yang lebih besar berbanding di kawasan luar bandar.

Selain itu, ibu kota Kuala Lumpur juga sering dilihat sesak dengan kebanjiran warga asing seperti dari Bangladesh, Nepal, Indonesia dan banyak lagi.

Dengan kata mudahnya, tanpa mengira waktu dan hari, bandar ini seolah-olah tidak pernah 'tidur' dan sentiasa dimeriahkan penduduk dan orang ramai dari serata dunia.

Namun siapa sangka, bandar ini akhirnya mampu 'rehat' buat seketika dan lengang daripada kunjungan orang ramai

Image via AI

Semuanya gara-gara penularan wabak coronavirus Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia termasuk Malaysia ketika ini.

'Hebatnya' wabak Covid-19 ini, ia telah berjaya membuatkan salah satu bandar yang tersibuk di dunia ini, iaitu ibu kota Kuala Lumpur sunyi dan tidak dihujani masyarakat selama beberapa ketika.

Selepas kerajaan mambuat pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua tempat di seluruh Malaysia termasuklah ibu kota Kuala Lumpur dilihat terjejas dan tidak lagi boleh dikunjungi orang ramai seperti sebelum ini. 

Suasana ini mungkin tidak pernah dijangkakan oleh sesiapa sahaja, namun di tahun 2020, ibu kota Kuala Lumpur telah 'berehat' buat seketika dan sunyi daripada kunjungan penduduk.

Foto-foto di bawah ini menunjukkan gambaran serta situasi sebenar di ibu kota Kuala Lumpur sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Image via AI
Image via AI
Image via AI
Image via AI
Image via AI

Lihat sahaja suasana di dalam kompleks membeli-belah Sogo dan juga sekitar kawasan Bukit Bintang. Kawasan ini yang seringkali dipenuhi orang ramai menjadi lengang susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Dilihat agak janggal dan aneh, namun inilah situasi yang sedang berlaku pada ketika ini.

Bukan itu sahaja, selain pusat membeli-belah, jalan raya yang sebelum ini sering sesak juga kini dilihat lengang dan sunyi seperti situasi yang digambarkan melalui foto-foto di bawah ini:

Image via AI
Image via AI
Image via AI
Image via AI
Image via AI
Image via AI
Image via AI

Harap keadaan boleh kembali seperti sedia kala secepat mungkin.

Jadi ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

[LIVE] Press Conference by MOH on COVID-19 | March 26, 2020

[LIVE] Health director-general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah’s press conference on the latest COVID-19 updates.

Posted by SAYS on Thursday, March 26, 2020

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS Seismik:

You may be interested in: