seismik

Pakar Mikrobiologi Jangka Vaksin Covid-19 Mungkin Akan Ditemui Hujung Tahun Ini

Sehingga kini memang sudah ada uji kaji klinikal penghasilan vaksin Covid-19 dijalankan di China dan Amerika Syarikat (AS) dengan proses kajian sudah memasuki peringkat percubaan ke atas manusia.

Cover image via Techno Okezone

Kini apa yang sering menjadi tanda-tanya adalah sama ada vaksin untuk wabak Koronavirus (Covid-19) ini sudah dipertemukan atau belum

Gambar sekadar hiasan.

Image via Dream

Untuk pengetahuan umum, ujian ke atas manusia pertama telahpun dilakukan untuk vaksin jenis baru bagi wabak Koronavirus ini. Ujian klinikal fasa 1 vaksin yang berpotensi untuk Covid-19 telah dibuat pada 16 Mac di Seattle, Amerika Syarikat.

Vaksin mRNA-1273 dibangunkan oleh syarikat bioteknologi Moderna dalam kombinasi dengan penyelidik dari National Institutes of Health (NIH). Percubaan dijalankan di Kaiser Permanente Washington Institut Penyelidikan Kesihatan di Seattle.

Malah, seorang wanita berusia 43, iaitu Jennifer Haller telah menjadi orang pertama yang mendaftar dalam percubaan untuk menerima vaksin mRNA-1273 itu

Image via Daily Mail

Jennifer berkata “Kami semua merasakan tidak dapat melakukan apa-apa dan ini merupakan satu peluang yang menakjubkan. Saya harap ini adalah langkah supaya dunia bebas daripada koronavirus.”

Tambahan pula, rakyat di seluruh dunia kini sedang menanti penemuan vaksin Koronavirus (Covid-19) yang dijangka bakal terjawab seawal hujung tahun ini

Gambar sekadar hiasan.

Image via Astro Gempak

Menurut laporan, Pakar Mikrobiologi Klinikal daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Zamberi Sekawi berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, sehingga kini sudah ada uji kaji klinikal penghasilan vaksin Covid-19 dijalankan di China dan Amerika Syarikat (AS) dengan proses kajian sudah memasuki peringkat percubaan ke atas manusia.

Malah, proses uji kaji penghasilan vaksin Covid-19 merupakan kesinambungan hasil kajian penemuan vaksin untuk penyakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang dilaksanakan para saintis sebelum ini.

Kebiasaannya proses menghasilkan vaksin sesuatu penyakit memakan masa antara tiga hingga lima tahun dengan proses uji kaji klinikal perlu dimulakan kepada percubaan terhadap haiwan sebelum diikuti manusia."
Pakar Mikrobiologi Klinikal daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Zamberi Sekawi.

Tambahan pula, beliau yakin bahawa penemuan vaksin Covid-19 ini mampu diselesaikan seawal akhir tahun ini.

Usaha saintis mencari vaksin Covid-19 melalui kesinambungan kajian vaksin penyakit SARS adalah dibenarkan dalam aspek perubatan kerana kedua-dua virus itu berasal daripada keluarga yang sama iaitu Corona

“Kebiasaannya, ciri-ciri virus daripada keluarga yang sama adalah lebih kurang sama, cuma para saintis mungkin perlu mengubah jumlah protein spesifik vaksin itu nanti mengikut informasi genetik virus Covid-19 yang sudah tentu berbeza dengan SARS,” katanya.

Peluang untuk menemui vaksin Covid-19 adalah lebih mudah berbanding HIV kerana sifat virus HIV adalah lebih cepat bermutasi

Ini kerana sifat Covid-19 bermutasi pada kadar yang lebih stabil.

Walau bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) perlu memainkan peranan bagi menasihati badan kelulusan perubatan di seluruh dunia bagi melonggarkan kelulusan penghasilan vaksin Covid-19 sebagaimana vaksin penyakit Ebola dengan mengambil kira keadaan kecemasan pada ketika ini.

Sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing dengan sebaiknya, harapan kita untuk melihat penemuan vaksin Covid-19 lebih cepat sekali gus membendung segera wabak sangat berjangkit itu lebih cerah.”
Pakar Mikrobiologi Klinikal daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Zamberi Sekawi.

Beliau menjelaskan terdapat perbezaan di antara kajian penemuan vaksin Covid-19 dengan kajian rawatan perubatan bagi memulihkan pesakit dijangkiti virus tersebut

Gambar sekadar hiasan.

Image via Medical News Today

WHO memilih Malaysia untuk menjalankan kajian menguji keberkesanan ubat merawat pesakit Covid-19 dikenali sebagai Remdesivir sebenarnya adalah proses pelaksanaan kajian rawatan perubatan bagi tujuan pemulihan pesakit yang telah dijangkiti Covid-19.

Kajian penemuan vaksin pula lebih kepada tujuan pencegahan dengan pemberian vaksin akan ditumpukan kepada mereka yang belum dijangkiti Covid-19 namun berisiko besar menghidapinya.

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS Seismik:

You may be interested in: