Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Mark Adam Bawa Kucing Pergi 'Fine Dining', Siap Ada Layanan Macam Hotel 5 Star

Special betul cafe ni!

Cover image via @officialmarkadam (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kucing merupakan haiwan peliharaan istimewa dan sering menjadi tumpuan kerana gelagatnya yang mencuit hati

Tidak dinafikan, banyak kos perlu dikeluarkan jika memelihara kucing ini terutamanya kepada makanan, tempat tinggal, aksesori dan penjagaannya sendiri.

Namun, kalau seseorang itu memang pencinta kucing ia tidak menjadi masalah untuk mereka keluarkan duit beribu demi haiwan kesayangan itu.

Seperti video yang tular baru-baru ini apabila penyanyi, Mark Adam membawa kucingnya fine dining di sebuah kafe telah mencuri tumpuan ramai.

Image via @officialmarkadam (TikTok)

Menerusi video tersebut, kelihatan Mark Adam dan isterinya membawa kucing mereka merasai pengalaman fine dining itu yang dianjurkan oleh Delizios, jenama makanan kucing premium yang diadakan di Mao Catfe.

Apa yang menarik perhatian adalah presentation makanan yang diberikan persis ala hotel lima bintang dan nampak seperti makanan manusia.

Kesemua makanan kucing dihias di dalam pinggan eksklusif bersama nama menunya yang istimewa iaitu Gourmet Seafood Symphony, Tuna Temptations Duo dan macam-macam lagi.

Kucing Mark Adam pula dilihat sangat berselera menikmati fine dining di kafe itu.

Image via @officialmarkadam (TikTok)

Image via @officialmarkadam (TikTok)

"Aku sendiri pun tak mampu nak fine dining, inikan nak bawa kucing. Ni kalau kucing aku pergi ni mesti rasa insecure" - Warganet

Ikutan tularnya video itu yang kini telah meraih 652.5K views, 36.3K likes dan 3K shares di laman TikTok, rata-rata warganet turut memberikan pelbagai reaksi mengenainya.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:

Image via @officialmarkadam (TikTok)

Image via @officialmarkadam (TikTok)

Image via @officialmarkadam (TikTok)

Lihat video itu di bawah:

Seronoknya jadi kucing Mark Adam, dapat layanan special :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment