Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Menangis Tak Dapat Sumbang Pingat, Netizen Tetap Puji Persembahan Farah Ann

Apa-apa pun dia dah buat yang terbaik!

Cover image via @SykrhZlkfly (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Atlet gimnastik artistik wanita negara, Farah Ann Abdul Hadi telah mengakhiri penampilan sulungnya di Olimpik dengan linangan air mata

Gimnas yang berusia 27 tahun itu kelihatan sangat kecewa selepas meninggalkan Pusat Gimnastik Ariake pada Ahad selepas menamatkan saingan pada kedudukan ke-68 dalam kelayakan all-around individu sekali gus menamatkan perjuangannya di Jepun.

Baru-baru ini tular satu video di Twitter memaparkan sebuah rakaman temu bualnya apabila ditanyakan soalan tentang persembahannya itu yang telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menangis kecewa tak dapat sumbang pingat untuk Malaysia

Menerusi video tersebut, kelihatan Farah Ann baru sedang ditemu bual oleh salah satu stesyen televisyen sukan di Malaysia untuk mengetahui apa pandangannya tentang persembahan yang telah diberikan.

Namun, tidak lama selepas temu bual itu, Farah dilihat tidak dapat menahan sebak kerana merasa sedikit kecewa dengan persembahannya. Perkara itu membuatkan dia menangis dan menjelaskan dia telah cuba melakukan yang terbaik.

Malah, dia tetap bersyukur kerana mampu bertanding di kejohanan berprestij ini setanding bersama atlet gimnastik terkenal yang lain seperti Simon Biles dan Oksana Chusovitina.

Image via @SykrhZlkfly (Twitter)

Image via @SykrhZlkfly (Twitter)

"It's okay Farah, dah jadi Olympian pun satu pencapaian yang membanggakan" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen tetap memuji persembahan Farah dan memberikan kata-kata positif buat dirinya kerana mampu melayakkan diri ke sukan Olimpik itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 543.4K views, 12.5K retweets dan 23.5K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Kami tetap bangga dengan anda. Terima kasih dah bawa nama Malaysia dalam sukan ini :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment