Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Miliki Ijazah Perbankan, Ramai Kagum Dengan Pilihan Gadis Untuk Jadi Pemandu Lori

Dia buktikan perempuan pun boleh kerja lasak!

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, ada sesetengah graduan yang pernah melalui fasa sukar untuk mencari pekerjaan bukan?

Namun semua itu mempunyai faktor masing-masing. Ada yang disebabkan bidang atau jurusan ada juga yang disebabkan graduan bersifat memilih.

Lain pula dengan video yang tular baru-baru ini apabila seorang gadis rela menjadi pemandu lori walaupun memiliki ijazah perbankan telah mencuri tumpuan. Gadis yang dikenali sebagai Farhana merupakan graduan Univerisiti Malaysia Kelantan dalam bidang Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan.

Gadis berumur 25 tahun itu merupakan pemandu lori jongket. Videonya memandu lori tular di TikTok sehingga ramai bertanyakan mengapa dia memilih kerjaya tersebut.

Menurut sumber, Farhana mula bekerja sebagai pemandu lori sejak Mac yang lalu dan tidak sangka ia mendapat restu keluarga. Dia pernah bekerja sebagai kontraktor dulu dan keinginannya mencuba sesuatu yang baru membuatkannya ingin menjadi seorang pemandu lori.

Selepas mendapat lesen, dia meneruskan usahanya membeli lori dan menubuhkan syarikat sendiri. Antara cabarannya adalah cuaca yang tak menentu dan kerjayanya didominasi kaum Adam.

"Setakat ini semua berjalan lancar kerana kerja sendiri cuma cabarannya adalah nak bersaing dengan lelaki memandangkan kerjaya saya didominasi kaum Adam,” katanya. 

Image via @nrulfrhana (TikTok)

Image via @nrulfrhana (TikTok)

Image via @hmetromy (TikTok)

Image via @hmetromy (TikTok)

"Jadi pilot darat pun kerjaya mulia, asalkan tidak minta sedekah dan meminta-minta" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 62K tanda suka dan 2K komen di TikTok, netizen memberikan pujian kepada gadis itu. 

Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @nrulfrhana (TikTok)

Image via @nrulfrhana (TikTok)

Image via @nrulfrhana (TikTok)

Lihat video penuh itu di bawah:

Power, semoga maju jaya sis!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment