seismik

[VIDEO] Orang Ramai Sorak 'Goal' Dekat Mamak, Tapi Budak Jerit Suruh Diam Ini Bikin Dekah

Lepas itu menangis bila orang tak diam.

Cover image via @izliyanamiera (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai yang suka menonton perlawanan bola sepak melalui kaca TV di kedai mamak bukan?

Tidak dinafikan suasana di kedai mamak lebih seronok kerana ramai penonton dan meriah daripada kebiasaan. Kebiasaannya, kaum lelaki yang suka lepak di kedai mamak sambil menonton bola.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan telatah seorang budak menonton bola sepak di kedai mamak bersama keluarganya telah mencuri tumpuan.

Budak perempuan itu menjerit dan menyuruh orang ramai diam sambil meletakkkan jari telunjuknya depan mulut ketika orang ramai sorak goal. Gelagatnya itu mencuit hati ramai.

"Kecil-kecil dia dah sedar yang tak semua benda di sekeliling dia adalah berkisarkan tentang dia. Itulah kehidupan dik. Tak semua orang pedulikan kita" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 120K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut merupakan antara komen menarik daripada TikTok: 

Lihat video penuh itu di bawah:

@izliyanamiera

Macam mana ni nak bawa pergi tgk bola kat stadium dikk !! baru first goal dah nangis #malaysiavskyrgyzstan #layanbola #firsttime salam4-3 #fyp #fypviral #fy

original sound - nuyulufeas - nuyulufeas

Aduhai dik, lepas ni adik tengok kat rumah jelah ye :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: