[VIDEO] "Padan Muka" - Cara Wanita Ini Prank Suaminya Bikin Dekah Ramai
"Mak nak kahwin" - Netizen.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Apabila disebut mengenai perkahwinan, perkara pertama yang terlintas di fikiran kita pastilah hubungan yang berpanjangan
Hal ini memerlukan kasih sayang, toleransi, sokongan dan keharmonian. Selain itu, bergurau senda sesama suami dan isteri juga antara salah satu faktor yang menjamin keeratan dalam sesebuah rumah tangga.
Tidak dinafikan, sejak kebelakangan ini memang ramai yang mengenakan prank kepada pasangan masing-masing. Reaksi mereka juga boleh dijadikan hiburan untuk mengusik nanti.
Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini yang memaparkan seorang wanita mengenakan prank kepada suaminya telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Suami sampai tak boleh bangun sebab kena prank dengan isteri
Menerusi video yang dimuat naik oleh @afieqahhasanah, kelihatan seorang wanita sedang memberikan segelas air susu kepada suaminya.
Sebagai syarat untuk mendapatkan air tersebut, suaminya itu perlu melakukan satu cabaran iaitu duduk dengan posisi kaki bersilang tangan. Suaminya pun tanpa berfikir panjang hanya menuruti arahan isterinya itu.
Kemudian, dia sengaja meletakkan gelas yang berisi air susu itu di atas tangan suaminya. Hal ini membuatkan suaminya tidak dapat bergerak dan merayu-rayu meminta bantuan.
Namun, apa yang lebih melucukan adalah apabila dia terus melarikan diri dan meninggalkan suaminya berseorangan di dalam bilik.
Image via @afieqahhasanah (TikTok)
Image via @afieqahhasanah (TikTok)
Image via @afieqahhasanah (TikTok)
Image via @afieqahhasanah (TikTok)
Image via @afieqahhasanah (TikTok)
"Boleh buat kalau suami nak keluar kan duduk senyap sikit" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah pun mendapat 1.3M tontonan, 126.6K tanda suka serta 717 komen di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan kemanisan pasangan suami isteri tersebut.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @afieqahhasanah (TikTok)
Image via @afieqahhasanah (TikTok)
Image via @afieqahhasanah (TikTok)
Image via @afieqahhasanah (TikTok)
Image via @afieqahhasanah (TikTok)
Image via @afieqahhasanah (TikTok)
Image via @afieqahhasanah (TikTok)
Image via @afieqahhasanah (TikTok)
Image via @afieqahhasanah (TikTok)
Image via @afieqahhasanah (TikTok)
Image via @afieqahhasanah (TikTok)
Image via @afieqahhasanah (TikTok)
Kalau hari-hari kena prank macam ni pun tak apa. Bahagia betul! :D
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment