"Takut Nak Keluar" - Lelaki Terperangkap Dalam Tandas Wanita Ini Buat Ramai Geli Hati
Dah dapat keluar ke tu bang?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasti ada di antara kita pernah keliru dengan simbol lelaki dan perempuan yang terdapat di tandas awam bukan?
Tambahan pula, apabila berada dalam keadaan terdesak sehingga tidak sempat untuk meneliti simbol tersebut.
Tandas lelaki dan perempuan pula memang terletak bersebelahan, hal ini membuatkan ada yang tersilap masuk sekali gus memalukan diri sendiri.
Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki tanpa sengaja memasuki tandas wanita telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu dibawah:
Tak sengaja masuk tandas wanita sebab keliru tengok simbol
Menerusi video yang dimuat naik oleh @rizqindaniel, kelihatan seorang lelaki telah terperangkap di dalam salah satu tandas wanita.
Simbol yang ada di tandas awam tersebut membuatkan lelaki itu keliru dan tanpa sengaja memasuki tandas wanita.
Namun, apa yang lebih melucukan adalah apabila lelaki itu terperangkap dalam tandas tersebut kerana takut untuk keluar. Di dalam video tersebut juga kedengaran suara wanita dan kelihatan kegelisahan pada wajah lelaki itu.
"Abang keluar je pastu buat-buat terkejut kata ni toilet lelaki bukan perempuan" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 828.6K tontonan, 81.7K tanda suka dan 1236 komen di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan kejadian itu. Terdapat juga netizen yang berjenaka dengan memberikan solusi untuk membantu lelaki tersebut.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: