seismik

[VIDEO] Sempena Hari Lahir Ibu, Anak Buat Kejutan ‘Staycation’ Dengan Rakan Baik

Macam ni baru la #BFF.

Cover image via @limauaiskurangmanis (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kegembiraan dalam persahabatan adalah apabila kita saling menghormati, mengagumi, dan berterima kasih antara satu sama lain

Rakan yang baik dapat menghilangkan tekanan, memberikan keselesaan dan kegembiraan. Kita pasti akan berasa seronok jika dapat menjalinkan persahabatan sehingga ke usia yang tua.

Baru-baru ini, tular sebuah video mengenai gelagat dua orang makcik yang seronok dapat bercuti bersama telah mendapat tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu dibawah:

Mak seronok tak terkata bila dapat kejutan daripada anak

Menerusi video yang dikongsi oleh @limauaiskurangmanis, seorang wanita telah membuat kejutan sempena hari lahir ibunya. Dia telah membawa rakan baik ibunya dan bersembunyi di dalam sebuah bilik hotel secara senyap.

Ibunya yang datang kemudian telah memberikan reaksi yang sangat gembira apabila melihat rakan baiknya berada sekali di situ.

Kedua-dua orang rakan baik itu kelihatan begitu seronok dapat bercuti bersama sehingga mereka berjoget dan ketawa di dalam bilik hotel tersebut.

"Anak-anak kita kena plan macam ni" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 311.9K tontonan, 46.2K tanda suka dan 1204 komen.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua orang makcik itu. Ada juga netizen yang mengharapkan anak-anak mereka membuat kejutan yang sama. 

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Seronok betul tengok friendship macam ni. Semoga persahabatan mereka kekal selamanya :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: