[VIDEO] Pasangan Cina Pilih Tema Melayu Untuk Majlis Perkahwinan Curi Perhatian Ramai
Satu Malaysia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Majlis perkahwinan merupakan momen yang paling bermakna buat semua pengantin
Pada masa inilah mereka akan diraikan dalam satu majlis dengan dihadiri ramai tetamu. Bagi bakal pengantin, sudah tentu persiapan sudah disiapkan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang berlaku.
Malah, tema perkahwinan juga merupakan antara perkara yang penting kerana pasti ramai yang mahu memilih tema perkahwinan idaman mereka.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan majlis perkahwinan pasangan Cina mendapat perhatian ramai gara-gara memilih tema perkahwinan Melayu tradisional.
Image via @hushushushusna (TikTok)
Pilih tema dan pakaian Melayu untuk majlis perkahwinan
Menurut pemilik video tersebut, suaminya meghantar video berkenaan selepas suaminya mendapat undangan daripada rakannya yang berbangsa Cina.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah pasangan tersebut memilih tema Melayu sebagai majlis perkahwinan mereka.
Pasangan tersebut menarik perhatian tetamu yang hadir apabila dilihat pengantin lelaki mengenakan baju Melayu songket berwarna merah jambu, manakala pengantin perempuan pula mengenakan baju kebaya nyonya yang juga warna sama.
Bukan itu sahaja, majlis perkahwinan pasangan tersebut turut dimeriahkan lagi dengan lion dance yang sinonim sebagai simbolik buat kaum Cina.
Lihat video itu di bawah:
Wah, meriah betul majlis perkahwinan mereka :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment