[VIDEO] Pelajar Ini Bantai Bangunkan 1 Blok Sahur, Siap Buka Suara Mimi Peri & Berkompang
Aduhai, suara Mimi Peri terus dia bagi.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pejam celik pejam celik sudah tibanya bulan Ramadan. Cepat saja masa berlalu bukan?
Bulan Ramadan adalah bulan paling mulia yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Pada masa inilah kita perlu tingkatkan pelbagai amal ibadah.
Malah, bermacam-macam gelagat orang juga kita boleh lihat di media sosial seperti bangun sahur.
Sama seperti video yang tular ini apabila seorang pelajar memasang sound Mimi Peri dan kompang untuk kejutkan bangun sahur telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bantai kejut 1 blok sahur, letak speaker suara Mimi Peri kuat-kuat
Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa orang pelajar berkongsi dia sedang mempersiapkan sesuatu untuk rakan-rakannya.
Difahamkan, ketika itu adalah waktu untuk bangun sahur. Apa yang mereka lakukan adalah dengan meletakkan speaker dan membukanya dengan suara Mimi Peri sehingga dapat didengari satu blok itu.
Malah, mereka juga siap berkompang dan berjalan di sekitar kawasan untuk mengejutkan mereka semua.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Hahaha rindu vibes macam ni dekat kolej" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka. Malah, ada yang rindu dengan suasana asrama mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 445.8K views, 60.4K likes dan 980 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @jeroidiosyncratic (TikTok)
Image via @jeroidiosyncratic (TikTok)
Image via @jeroidiosyncratic (TikTok)
Image via @jeroidiosyncratic (TikTok)
Image via @jeroidiosyncratic (TikTok)
Image via @jeroidiosyncratic (TikTok)
Kenangan masa bulan puasa, nanti dah keluar kolej mesti rindu :D
Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment