Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Persiapan Kahwin Dah Siap, Tapi Wanita Ini Kecewa Bakal Suami Tiba-Tiba 'Hilang'

Dugaan berat buat dia.

Cover image via @atiqahalzaraffee(TikTok)

Hari perkahwinan merupakan saat yang paling dinanti-nantikan oleh pasangan yang raja sehari

Pada hari istimewa inilah satu detik manis tercipta untuk mereka berdua. Cinta antara dua insan kini akan disatukan dalam sebuah majlis pernikahan yang penuh bermakna.

Pasti pasangan pengantin merasa teruja apabila semakin dekat hari pernikahan mereka. 

Namun, lain pula yang terjadi dengan wanita ini apabila hari pernikahannya bertukar menjadi mimpi ngeri kerana bakal suaminya tidak hadir pada majlis tersebut.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Buzzkini

Segala persiapan termasuk pelamin dan hantaran sudah siap

Menerusi video yang tular di TikTok baru-baru ini, wanita yang dikenali sebagai Atiqah Al Zaraffee telah menunjukkan suasana di sekitar majlis perkahwinannya.

Dalam video itu, kelihatan semua persiapan untuk majlisnya telah siap dilakukan. Tetapi, itulah realiti yang perlu dihadapi oleh wanita itu kerana bakal pengantin lelaki tidak hadir ke majlis kahwin tanpa memberikan sebarang alasan.

"Semoga saya kuat menghadapi segala ujian ini"

Meskipun wanita itu berada dalam keadaan bersedih, namun dia redha dengan ketentuan dan ujian yang Allah SWT berikan kepadanya.

Dia juga berterima kasih atas kata-kata semangat yang telah diberikan dan berdoa agar dirinya menjadi lebih kuat selepas ini.

"Pelamin dah siap, Hantaran pun dah siap. Dah siap makeup untuk akad nikah. Malangnya pengantin tak datang-datang"

"Lalu kami sekeluarga redha dengan ketentuan Allah. Semoga saya kuat menghadapi segala ujian ini," tulisnya.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga merasa sebak melihat video berkenaan dan tidak putus memberikan kata-kata semangat buat wanita itu agar bangkit semula

Sedihnya tengok perkara macam ni berlaku. Semoga sis tu sabar dan terus kuat!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment