[VIDEO] POV Wanita Kongsi Momen Pengguna MRT Perlu Berlari Tukar Stesen Di Kwasa Damansara
Been there, done that.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pengangkutan awam seperti MRT sememangnya banyak memudahkan pergerakan orang ramai terutamanya untuk ke tempat kerja
Ditambah pula dengan tempoh masa yang singkat untuk menunggu tren seterusnya, ramai telah memilih menggunakan MRT berbanding kenderaan sendiri untuk ke destinasi.
Namun begitu, tidak semua kemudahan yang ada ini "memudahkan" pengguna. Itu yang dapat dilihat menerusi sebuah video di TikTok memaparkan seorang wanita menunjukkan 'POV' pengguna MRT menukar tren di stesen MRT Kwasa Damansara.
Menerusi video tersebut, wanita itu dilihat berlari dengan pantas sambil merakam momen tersebut bagi menunjukkan apa yang dilalui pengguna ketika mahu menukar tren di stesen itu.
Pengguna terpaksa berlari untuk menaiki tren disebabkan tren di seberang betul-betul tiba sebaik sahaja tren yang dinaiki berhenti di stesen tersebut.
Image via @kiyoti (TikTok)
"TRX paling kelam kabut, setakat guna MRT for 5 months, dah nampak 8 kali orang jatuh dan 1 gaduh" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 79.4K views, 6.9K likes dan 73 shares.
Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @kiyoti (TikTok)
Image via @kiyoti (TikTok)
Image via @kiyoti (TikTok)
Lihat video tersebut di bawah:
Aktiviti sihat sebelum masuk kerja :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment